Semua persediaan pelaksanaan subsidi RON95 dibuat dengan rapi: Amir Hamzah

September 23, 2025 · Isu semasa

Kerajaan telah melengkapkan segala persediaan bagi memastikan pelaksanaan subsidi petrol RON95 berjalan lancar mulai 30 September ini, kata Amir Hamzah Azizan.

Menteri Kewangan II itu berkata, kerjasama rapat dengan semua syarikat minyak telah dijalankan sejak akhir tahun lalu dan mereka telah mengesahkan kesediaan sistem serta infrastruktur di stesen minyak seluruh negara.

“Kita sudah mula projek ini sejak lama. Ramai bertanya kenapa kelulusan untuk melaksanakannya agak lambat, tetapi pendirian kerajaan adalah kita mahu memastikan apa yang dibuat berjalan dengan baik,” jelas Amir Hamzah selepas menghadiri Majlis Perasmian Jelajah Mega E-Invois Siri 2/2025 Peringkat Nasional di Menara Hasil Pulau Pinang hari ini.

Amir Hamzah menekankan bahawa semua syarikat minyak telah bersedia, termasuk kemaskini pada mesin di kaunter dan sistem pembayaran di pam minyak.

“Malah, kebanyakan syarikat minyak turut mengaktifkan sistem di ‘outdoor payment terminal’ mereka,” tambahnya.

Walaupun yakin dengan persediaan tersebut, beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya sedikit masalah teknikal pada peringkat awal pelaksanaan. “

Tidak semua orang sempurna. Kadang-kadang ada perkara yang tidak berjalan seperti dirancang. Jadi saya harap masyarakat bersabar,” katanya.

“Kerajaan akan menunaikan janji bahawa jika harganya adalah RM1.99, kita akan menepati janji tersebut,” tambahnya lagi.

Terdahulu semalam, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan subsidi bersasar BUDI95 akan dilaksanakan mulai 30 September, menetapkan harga RON95 pada RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia manakala bukan warganegara perlu membayar RM2.60 seliter.

Sebagai penghargaan, anggota polis dan tentera akan menikmati harga subsidi bermula 27 September, diikuti penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari golongan B40 pada 28 September, bagi membolehkan mereka membiasakan diri dengan mekanisme baharu ini secara berperingkat.

Berita berkaitan
Subsidi cecah RM3.5 Bilion sebulan jika minyak dunia naik AS$90
July 22, 2026· Isu semasa
eFishery: Keputusan pelaburan KWAP dibuat panel profesional
July 20, 2026· Isu semasa
MOF: Bayaran balik lebihan cukai RM14.7 bilion sudah dilunas
July 16, 2026· Isu semasa
Penarafan A3 Moody bukti asas ekonomi Malaysia kekal kukuh
July 14, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
July 27, 2026 · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
4 jam lalu · Isu semasa
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026 · Isu semasa
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
July 25, 2026 · Isu semasa
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
July 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Khalid Samad lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
5 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok