Semua syarikat asing tak terkecuali daripada Cukai Perkhidmatan Digital: Amir Hamzah

November 25, 2025 · Isu semasa

Kerajaan menjelaskan Cukai Perkhidmatan Digital (SToDS) dikenakan secara adil kepada semua penyedia perkhidmatan asing tanpa mengira negara asal mereka, selagi mereka memenuhi kriteria menyediakan perkhidmatan digital kepada pengguna di Malaysia.

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, berkata langkah ini mewajibkan gergasi digital antarabangsa seperti Netflix, Apple, Microsoft dan Google untuk mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan memungut serta menyerahkan cukai yang diperlukan.

“Usaha ini memastikan penyedia perkhidmatan luar negara memikul tanggungjawab cukai yang setara dengan penyedia tempatan dan mewujudkan persekitaran pasaran yang adil dalam ekosistem digital,” jelas Amir Hamzah semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menekankan pelaksanaan SToDS dan Cukai Jualan ke atas Barangan Bernilai Rendah (LVG) adalah strategi kerajaan bagi memperkukuh pematuhan cukai dalam ekonomi digital yang semakin berkembang dan kompleks.

Mengenai LVG yang dilaksanakan pada 1 Januari 2024, beliau menerangkan sebelum ini, barangan import bernilai RM500 ke bawah bebas cukai, manakala peniaga tempatan terpaksa menanggung cukai serta pelbagai kos operasi dan keadaan ini mewujudkan ketidakseimbangan dalam pasaran.

“Justeru, di bawah LVG, jurang itu berjaya diseimbangkan, yang mana penjual dalam dan luar negara kini tertakluk kepada kenaan cukai jualan.

“Ini bermakna pengguna di Malaysia tidak lagi melihat barangan import yang dahulunya tidak tertakluk kepada cukai jualan lebih murah semata-mata disebabkan oleh faktor kenaan cukai,” ujarnya.

Beliau menambah, langkah ini mewujudkan ‘level playing field’ dan membolehkan peniaga tempatan bersaing secara adil berdasarkan kualiti, nilai dan perkhidmatan.

Dari segi kutipan, Amir Hamzah memaklumkan jumlah kutipan bagi LVG dan SToDS pada 2024 ialah RM2.01 bilion, menunjukkan keberkesanan langkah tersebut.

Berita berkaitan
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
22 jam lalu· Politik
Semak dulu fakta isu peruntukan KKDW: Tunku Nashrul
September 3, 2026· Politik
Belanja lebih peruntukan boleh jahanam negara: Kamil Munim
September 2, 2026· Politik
KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar, MoF tampil jelaskan
September 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
12 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
16 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
16 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
17 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok