Seorang lelaki disiasat sebar berita palsu guna logo Utusan Malaysia, telefon dirampas

November 6, 2025 · Isu semasa

Seorang individu sedang disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ekoran sebuah hantaran di Facebook yang memaparkan imej berita palsu menggunakan logo Utusan Malaysia.

Imej yang disunting itu memaparkan tajuk menyeleweng dan palsu, “Anwar akui banyak kesilapan perjanjian dengan US”.

Siasatan awal mengesahkan bahawa laporan tersebut adalah palsu dan tidak pernah diterbitkan oleh Utusan Malaysia.

Akhbar berkenaan juga telah menafikan sebarang kaitan dan mengesahkan ia merupakan satu bentuk penyalahgunaan nama dan logo mereka.

Menurut kenyataan MCMC, individu terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, Melaka.

Sebuah telefon bimbit dan kad sim disita untuk analisis forensik digital.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

“Sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi di media sosial, terutamanya kandungan yang menggunakan identiti atau logo organisasi media tanpa kebenaran.

“Penyebaran kandungan palsu bukan sahaja menjejaskan kredibiliti sumber berita sahih, malah boleh mengundang tindakan undang-undang,” kata MCMC dalam kenyataannya.

Orang ramai juga dinasihati agar lebih bertanggungjawab dan peka dalam memastikan sebarang maklumat yang dikongsi adalah tepat dan sahih.

Berita berkaitan
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
24 jam lalu· Politik
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
September 22, 2026· Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
September 22, 2026· Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
September 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
2 jam lalu · Isu semasa
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
16 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
22 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
24 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok