Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang.
Seorang naib presiden PKR menepis dakwaan 11 Ahli Parlimen parti itu menarik sokongan kepada Presiden Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.
Chang Lih Kang, yang namanya turut tersenarai dalam mesej tular tersebut menyifatkan ia sebagai ‘mengarut’ dan membidas pihak yang cuba mengambil kesempatan ekoran peletakan dua menteri PKR semalam.
Perkembangan ini menyusuli peletakan jawatan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai menteri, hari ini, susulan kekalahan dalam pemilihan parti baru-baru ini.
“Rafizi dan Nik Nazmi letak jawatan Jemaah Menteri untuk menjaga adab dan semangat demokrasi,” kata Chang di Facebook.
“Yang lain tak perlu nak menangguk di air keruh.”
Mesej tersebut mendakwa 11 Ahli Parlimen termasuk Chang menarik sokongan kepada Anwar selaku perdana menteri.
Turut tersenarai Rafizi, Nik Nazmi, Naib Presiden Aminuddin Harun, Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir, Ahli Parlimen Batu Pahat Onn Abu Bakar, Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Parlimen Subang Wong Chen, dan Ahli Parlimen Gopeng Tan Kar Hing.
Mesej itu juga mendakwa wakil rakyat berkenaan akan mengadakan suatu sidang media pada Jumaat.
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum