Setiap parti dalam PN boleh namakan calon PM, termasuk Bersatu: Tun Faisal

September 8, 2025 · Politik

Parti Bersatu menegaskan setiap parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) mempunyai hak untuk menamakan calon Perdana Menteri ke-11 menerusi platform tertinggi parti masing-masing.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata langkah Bersatu mencalonkan Presidennya, Muhyiddin Yassin, sebagai calon Perdana PM telah dibuat secara sah melalui Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) yang berlangsung baru-baru ini.

Beliau menekankan keputusan yang dibuat melalui persidangan parti adalah yang paling sah dari segi undang-undang berbanding sebarang kenyataan di luar.

“Mana-mana parti dalam PN juga boleh melakukan perkara yang serupa dalam perhimpunan agung parti masing-masing yang merupakan platform tertinggi dalam parti,” katanya dipetik laporan media.

Menurut Tun Faisal, cadangan tersebut berasaskan merit dan kelebihan yang dimiliki oleh Muhyiddin.

“Krisis ekonomi, kewangan dan kehidupan rakyat hari ini memerlukan pemimpin yang berkemampuan, berpengalaman di pusat dan negeri, mempunyai rekod pentadbiran yang baik, serta kemampuan yang telah teruji,” ujarnya lagi.

Tun Faisal menegaskan usul tersebut adalah keputusan Bersatu sendiri dan bukannya keputusan rasmi PN.

“Usul daripada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2025 ini akan dibawa kepada Majlis Presiden Perikatan Nasional dan perlu diputuskan secara konsensus dalam Majlis Presiden,” ujarnya.

Beliau turut menambah Bersatu sentiasa menghormati hak parti komponen lain seperti PAS, Gerakan dan MIPP untuk membuat keputusan yang sama dalam platform masing-masing.

“Secara etika dan beradab, Bersatu tidak pernah menyentuh dan menamakan pemimpin-pemimpin daripada parti-parti komponen lain sebagai calon Perdana Menteri,” jelasnya.

Tun Faisal menyeru agar semua keputusan dibawa dan dibincangkan secara bersama di peringkat Majlis Presiden PN bagi mencapai kata sepakat.

“Seperti Bersatu, angkatlah keputusan ini ke dalam Majlis Presiden PN dan putuskanlah secara konsensus di sana,” katanya.

Berita berkaitan
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
September 4, 2026· Politik
Amanah cadang PH bentuk ‘khemah besar’ hadapi PRU-16, kerjasama dengan Bersatu
September 4, 2026· Politik
Draf siap, PM akan muktamadkan RUU had tempoh jawatan PM: Azalina
September 3, 2026· Isu semasa
Kedudukan Bersatu dalam PN bakal dibincang, bakal disingkir?
September 1, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
1 jam lalu · Politik
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
1 jam lalu · Politik
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
1 jam lalu · Politik
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
1 jam lalu · Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok