Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
Parti Bersatu berharap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dapat membuat keputusan dalam tempoh terdekat berhubung aduan rasmi parti itu terhadap kepimpinan Perikatan Nasional (PN).
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata pihaknya telah mengemukakan lapan perkara utama yang didakwa melanggar atau tidak menghormati peruntukan berkaitan dalam PN.
Menurutnya, Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali juga telah dipanggil RoS untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.
“Kita telah kemukakan lapan perkara pokok yang telah pun dilanggar dan tak dihormati oleh pimpinan Perikatan Nasional yang ada sekarang,” katanya ketika ditemui selepas Sambutan Ulang Tahun ke-10 Bersatu di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Muhyiddin berkata, Bersatu menyerahkan sepenuhnya kepada RoS untuk meneliti aduan berkenaan berdasarkan peruntukan undang-undang dan dokumen berkaitan.
“Daripada pertemuan itu kita dapati peringkat Pendaftaran Pertubuhan mengambil berat kerana ia berlaku berulang kali dan ini satu perkara yang tak boleh kita ambil mudah.
“Jadi kita serahkan kepada kebijaksanaan RoS, dan diharap dapat membuat keputusan dalam tempoh yang terdekat inilah,” katanya.
RoS sebelum ini mengesahkan menerima aduan rasmi Bersatu pada 11 Ogos lalu berhubung dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai.
Aduan itu turut menyentuh isu kedudukan keanggotaan Bersatu dalam gabungan berkenaan. RoS memaklumkan penelitian dibuat berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, perlembagaan pertubuhan serta rekod rasmi jabatan.
Pertikaian berhubung kedudukan Bersatu dalam PN tercetus selepas parti itu tidak dilibatkan dalam mesyuarat gabungan berkenaan pada Julai lalu.
Isu tersebut kemudian menjadi pertikaian terbuka antara pimpinan Bersatu dan PN, termasuk mengenai status keanggotaan parti itu dalam gabungan berkenaan.
Dalam perkembangan sama, Muhyiddin menegaskan hubungan Bersatu dengan PAS masih belum kembali seperti sebelum ini dan keputusan untuk tidak meneruskan kerjasama bukan dibuat oleh Bersatu.
“Kita tidak buat keputusan itu. Jadi memang kita dengan PAS setakat hari ini masih lagi tidak bekerjasama.
“Bukan pilihan Bersatu, itu pilihan PAS,” katanya.
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
Kuasa pengampunan terhadap Najib ikut Perlembagaan: Azalina
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum