Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.
Siasatan melibatkan Allahyarham Tun Dr Daim Zainuddin dan keluarga bekas Menteri Kewangan itu masih berjalan dan tidak terhenti setakat ini.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki mengesahkan pihaknya sedang berusaha untuk melucutkan hak pemilikan harta milik Daim Zainuddin dan keluarga yang dianggar bernilai RM2 bilion.
Dalam pada itu, Azam SPRM juga percaya masih ada harta yang tidak diisytiharkan berada di luar negara.
Harta itu, katanya membabitkan yang dimiliki ahli keluarga serta proksi kepada Allahyarham Daim yang juga bekas pemimpin UMNO.
“Kita siasat kes membabitkan pemimpin ini (Daim) sejak Februari 2023 dan membuka sejumlah kertas siasatan termasuk kertas siasatan baharu dalam kes ini.
“Walaupun ketiadaan beliau (Daim), SPRM ketika ini sedang menuju ke arah itu (melucutkan harta) dan kita sedang melihat harta-harta berkaitan yang tidak diisytiharkan pada satu ketika dahulu,” katanya pada sidang akhbar bulanan SPRM hari ini.
Azam berkata, pihaknya percaya harta yang kini dalam pemerhatian SPRM untuk dilucut hak melebihi RM2 bilion termasuk di luar negara antaranya di Switzerland dan United Kingdom (UK).
Beliau berkata, pegawai penyiasat SPRM sedang berusaha untuk mengesan harta berkenaan termasuklah mengesahkan sama ada ia diperoleh mengikut undang-undang atau tidak.
Ditanya mengenai proses pelucutan itu, Azam menjelaskan ia bergantung kepada Timbalan Pendakwa Raya, namun ia menjadi antara langkah utama yang sedang dipertimbangkan SPRM.
Katanya, beliau juga memberikan tempoh sehingga dua bulan untuk pegawai penyiasat menyelesaikan lapan kertas siasatan baharu yang dibuka SPRM.
SPRM pada Februari 2023 membuka beberapa kertas siasatan berdasarkan maklumat ditemui dalam Pandora Papers yang kemudian membawa kepada siasatan terhadap Kementerian Kewangan pada masa itu dengan Daim memegang jawatan sebagai menteri.
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum