Siasatan semula kes kehilangan Pastor Koh dan Amri sudah dijalankan: Saifuddin Nasution

November 13, 2025 · Isu semasa

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan satu pasukan penyiasat khas telah ditubuhkan untuk menyiasat semula kes kehilangan Pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat.

Pasukan baharu ini akan diketuai oleh seorang pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP), menurut Saifuddin Nasution.

Ujarnya, siasatan semula ini merupakan tindakan kerajaan mematuhi arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dikeluarkan baru-baru ini dan menekankan komitmen kerajaan dalam mencari keadilan dan kebenaran.

“Kerajaan ini menghormati prinsip kedaulatan undang-undang… kerajaan ini komited mencari kebenaran dan menegakkan keadilan,” katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

“Pihak polis segera menubuhkan pasukan penyiasat walaupun siasatan sebelum ini tidak pernah ditutup, tetapi kali ini akan diketuai oleh seorang pegawai polis berpangkat ACP,” tambahnya.

Saifuddin memaklumkan pasukan tersebut telah mula beroperasi dan akan membuat penilaian menyeluruh ke atas semua dokumen terdahulu.

“Mereka kena telisi semua kertas siasatan awal, laporan SUHAKAM, laporan pasukan petugas khas dan mereka akan mendapatkan keterangan baharu,” jelasnya.

Di samping itu, beliau juga menggesa sebarang pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut untuk tampil membantu polis.

“Kita mengajak mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes ini untuk tampil bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan,” ujarnya.

Kes kehilangan Amri dan Pastor Raymond yang masing-masing dilaporkan hilang pada November 2016 dan Februari 2017 telah menimbulkan tanda tanya yang berterusan.

Keputusan mahkamah baru-baru ini yang mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi berjuta-juta ringgit kepada keluarga mangsa telah memberi suntikan baharu kepada usaha untuk menyelesaikan teka-teki ini.

Siasatan semula ini diharapkan dapat membawa jawaban yang diharapkan keluarga mangsa.

Berita berkaitan
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu· Politik
Hadi: Semua kerusi PAS wajib dipertahan pada PRU depan
22 jam lalu· Politik
Pesara hilang RM1.4 juta akibat phone scam
September 2, 2026· Isu semasa
Tudung Jalur Gemilang tak lengkap, polis buka siasatan
August 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
13 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
16 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
16 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
17 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok