Siasatan SPRM terhadap Farhash Wafa Salvador berhubung mineral Sabah ditutup: Azam

September 9, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung dakwaan penerokaan mineral di Sabah yang melibatkan ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador, telah diselesaikan dan kes tersebut ditutup.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata keputusan untuk menutup siasatan itu dibuat setelah Timbalan Pendakwa Raya memutuskan tiada unsur jenayah yang dapat dikenakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

“Siasatan kita jalankan dengan memanggil semua yang terbabit dan kita juga merekod kenyataan daripada Sabah Mineral Management, kerajaan negeri, dan siapa-siapa yang dikatakan terbabit.

“Akhirnya, Timbalan Pendakwa Raya sudah membuat keputusan tiada kes jenayah yang boleh dikenakan kepada mana-mana pihak sama ada di bawah Akta SPRM 2009, Kanun Keseksaan dan tiada isu tadbir urus, maka kes ini ditutup,” jelas Azam Baki semasa sidang media hari ini.

Beliau turut mendedahkansebuah syarikat yang dikaitkan dengan Farhash pernah mengemukakan permohonan penerokaan mineral kepada Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) pada Mac 2023.

“Bagaimanapun, syarikat berkenaan gagal menyerahkan dokumen yang diminta, menyebabkan permohonan itu ditamatkan pada Mac tahun ini,” jelas Azam.

Keputusan penutupan siasatan ini sekali gus membersihkan nama Farhash yang sebelum ini dikaitkan dengan laporan portal tertentu berhubung isu lesen penerokaan mineral di Sabah.

Laporan portal berkenaan turut memuat naik rakaman audio yang mendakwa Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, menyatakan sokongan kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Farhash.

Namun, Lembaga Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) yang dipengerusikan oleh Hajiji sendiri sebelum ini telah menafikan bahawa mana-mana syarikat berkaitan Farhash diberikan lesen penerokaan di negeri itu.

Berita berkaitan
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
8 jam lalu· Politik
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu· Isu semasa
Hajiji hadir kongres PKR, tanda hubungan dengan GRS baik
August 15, 2026· Politik
Empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM: Laporan
August 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
8 jam lalu · Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
14 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
14 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
16 jam lalu · Isu semasa
Karnival Internet Selamat himpunkan lebih 500 penduduk Kalabakan
August 15, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok