Mana-mana perhimpunan di kawasan Ampang Park, Jalan Ampang esok dilarang sama sekali oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ibu negara dijangka mengalami kesesakan lalu lintas mulai 26 hingga 28 Oktober ini berikutan penutupan berperingkat enam lebuh raya dan 25 jalan utama sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Yusri Hassan Basri, penutupan jalan tersebut itu adalah bagi memudahkan pergerakan delegasi dari hotel penginapan mereka ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
“Malaysia akan mula menerima kehadiran delegasi bermula 25 hingga 28 Oktober yang mana penutupan jalan secara berperingkat dan lencongan jalan melibatkan enam lebuh raya serta 25 jalan utama,” katanya pada sidang media Majlis Amanat Pengarah JSPT di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) hari ini.
Lebuh raya yang terlibat termasuk Lebuhraya ELITE, NKVE, Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Maju (MEX), dan Lebuhraya KL-Seremban.
Sebanyak 1,111 anggota trafik akan ditugaskan untuk mengawal lalu lintas dan mengiringi kenderaan orang kenamaan sepanjang persidangan berlangsung.
Mohd Yusri menasihati orang ramai supaya mengelak menggunakan laluan terbabit dan menggunakan jalan alternatif atau pengangkutan awam.
“Orang ramai dinasihati merancang perjalanan dengan lebih awal, patuhi arahan petugas trafik, dan digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti monorel, LRT, MRT dan bas,” ujarnya.
“Mesyuarat kali ini melibatkan pemimpin negara besar, jadi PDRM akan menjalankan tanggungjawab mengawal, menjaga keselamatan dan kesesakan jalan raya,” tambahnya.
Orang ramai diminta mendapatkan maklumat terkini dan memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh berkenaan.
Taburan hujan hingga 100mm punca banjir 23 kawasan di Selangor: Bernama
Ringgit mengukuh menjelang pengumuman KDNK suku ketiga
MCMC desak Anthropic jelaskan dakwaan manipulasi AI sasar pengundi Malaysia
MOF sasar hutang kerajaan turun kepada 60 peratus KDNK pada 2030
APEC 2026: Anwar tekankan perdagangan terbuka, kesalinghubungan
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 17 Nov – Ismail letak jawatan, kerajaan Madani stabil dan lawatan Macron