Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim menegaskan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) harus dijadikan peringatan yang jelas tentang akibat buruk apabila mekanisme pemantauan dan tadbir uris gagal dilaksanakan.
Perdana Menteri berkata, skandal berbilion-bilion ringgit itu bukan sahaja mengakibatkan kerugian kewangan yang besar, malah mendedahkan kelemahan sistemik dari segi akauntabiliti, ketelusan dan integriti institusi.
“Skandal 1MDB tidak mungkin berlaku tanpa pembabitan juruaudit, juruaudit dalaman dan institusi kewangan antarabangsa. Kita mesti mengambilnya sebagai cabaran untuk menyelamatkan masyarakat dan negara daripada pelanggaran ini,” katanya semasa menyampaikan ucaptama di Persidangan Konfederasi Asia Institut Juruaudit Dalaman (ACIIA) 2025 hari ini.
Anwar menambah, skandal 1DB dengan jelas menunjukkan bagaimana rasuah dan penyalahgunaan kuasa boleh berleluasa apabila pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan semak dan imbang memilih untuk berpaling tadah atau bersekongkol.
“Ini mesti menjadi cabaran kekal buat kita untuk memperkukuh sistem pemantauan dan memastikan semua institusi bertindak dengan integriti, ketelusan dan akauntabiliti,” tegasnya lagi.
Walaupun pertumbuhan ekonomi adalah penting, Anwar menekankan adalah sama mustahak untuk melindungi sumber negara daripada dibazirkan akibat rasuah, ketidakcekapan dan salah urus.
Sehingga kini, anggaran kerugian keseluruhan termasuk faedah hutang dan kos penutup yang ditanggung oleh Kerajaan Malaysia akibat skandal tersebut adalah sehingga RM82.8 bilion.
Jumlah keseluruhan termasuk faedah yang bakal dibayar bagi kes 1MDB dijangka sekitar RM51 bilion, dengan tempoh pelunasan dijangka berterusan sehingga tahun 2039.
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat
Dron AS bernilai AS$238 juta hilang semasa operasi di Iran: Laporan
Pemandu bas, teman wanita direman kes video tular riba sambil memandu
Tin makanan jadi helah seludup syabu bernilai RM3 juta, lima ditahan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan