Skandal 1MDB: Pihak berkuasa AS rampas kondominium mewah di New York

May 28, 2026 · Isu semasa

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) memperoleh perintah mahkamah untuk menyita sebuah kondominium mewah di New York yang dipercayai dibeli menggunakan dana yang diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dalam kenyataan memaklumkan, tindakan itu turut melibatkan pelucuthakan hasil sewaan hartanah berkenaan sekali gus menamatkan kes pelucuthakan sivil yang difailkan di Mahkamah Daerah AS bagi Daerah Tengah California.

Menurut DOJ, aset yang dirampas itu bernilai lebih AS$6 juta (kira-kira RM28 juta) dan dikaitkan dengan konspirasi pengubahan wang haram antarabangsa membabitkan dana 1MDB.

“Perintah pelucuthakan itu melibatkan sebuah unit kondominium mewah di New York serta hasil sewaan yang dipegang oleh Catherine Tan May Ling,” menurut kenyataan itu.

DOJ berkata, kondominium berkenaan didakwa dibeli menggunakan wang yang diseleweng daripada 1MDB bagi manfaat Catherine Tan yang merupakan pembantu peribadi ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Siasatan mendapati berbilion dolar dana milik 1MDB telah diseleweng antara tahun 2009 hingga 2015 oleh beberapa pegawai kanan dana pelaburan strategik negara itu bersama sekutu mereka menerusi skim jenayah melibatkan pecah amanah dan pengubahan wang haram antarabangsa.

Kes 1MDB sebelum ini dianggap antara skandal kewangan terbesar dunia apabila dana yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan dan pelaburan negara didakwa disalurkan ke akaun peribadi, pembelian hartanah mewah, karya seni, kapal layar serta membiayai gaya hidup mewah individu tertentu.

Jho Low yang didakwa menjadi dalang utama skandal itu masih diburu pihak berkuasa Malaysia dan AS.

Sehingga kini, keberadaannya masih belum dapat dipastikan walaupun beberapa negara bekerjasama dalam usaha mengesannya.

DOJ memaklumkan, kes pelucuthakan terbaru itu dikendalikan oleh Bahagian Pengubahan Wang Haram, Narkotik dan Pelucuthakan jabatan berkenaan dengan bantuan Perkhidmatan Marshal AS serta Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

“Jabatan Kehakiman AS menghargai bantuan dan kerjasama pihak berkuasa dari Malaysia, United Kingdom, Singapura, Switzerland, Luxembourg, Indonesia, Latvia dan Perancis dalam membantu siasatan kes ini,” menurut kenyataan itu lagi.

Sejak siasatan skandal 1MDB bermula, pihak berkuasa AS dilaporkan berjaya menyita dan mendapatkan semula pelbagai aset bernilai ratusan juta dolar yang dikaitkan dengan dana berkenaan di beberapa negara.

Berita berkaitan
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
October 28, 2026· Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
October 28, 2026· Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
October 28, 2026· Isu semasa
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
October 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
October 29, 2026 · Isu semasa
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
1 jam lalu · Isu semasa
Pengurangan duti hiburan bukan galak hedonisme, jana ekonomi kreatif: Fahmi
1 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
4 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok