SPRM arah pegawai kemas kini harta, perkukuh integriti dalaman: Azalina

17 jam lalu · Isu semasa

Semua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diarahkan mengemas kini perisytiharan harta masing-masing dalam tempoh sebulan sebagai sebahagian usaha memperkukuh integriti dan ketelusan dalam agensi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, arahan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Abdul Halim Aman, yang turut memulakan proses berkenaan sebagai contoh kepada seluruh warga suruhanjaya.

“Bagi mengukuhkan integriti dalaman dan ketelusan, ketua pesuruhjaya telah mengarahkan semua pegawai SPRM untuk mengemas kini perisytiharan harta dalam tempoh satu bulan, dengan beliau sendiri memulakan proses tersebut sebagai teladan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta penjelasan mengenai langkah pembaharuan yang akan dilaksanakan oleh kepimpinan baharu SPRM serta perkembangan siasatan berkaitan dakwaan kewujudan “mafia korporat” yang dikaitkan dengan pegawai agensi itu dan beberapa ahli perniagaan.

Menurut Azalina, selain memperbaharui perisytiharan harta, SPRM turut memberi tumpuan kepada pengukuhan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), sistem semak dan imbang serta menolak sebarang bentuk salah laku dalaman.

“SPRM kini memberi tumpuan khusus melalui pelaksanaan lima prinsip utama iaitu integriti tanpa kompromi, penguatkuasaan yang adil, pencegahan lebih baik daripada hukuman, teknologi dan ketelusan serta membina semula kepercayaan rakyat,” katanya.

Beliau menegaskan agensi itu akan terus melaksanakan tugas secara tegas, profesional dan bebas daripada sebarang pengaruh politik atau kepentingan tertentu, selaras dengan Akta SPRM 2009 dan prinsip bahawa tiada sesiapa mengatasi undang-undang.

Isu “mafia korporat” mula menjadi perhatian umum pada Februari lalu selepas sebuah portal antarabangsa melaporkan dakwaan mengenai kewujudan kumpulan ahli perniagaan yang dikatakan menggunakan pengaruh tertentu untuk mengambil alih syarikat-syarikat tersenarai awam.

Laporan tersebut turut mendakwa wujud penglibatan pegawai penguat kuasa dalam usaha berkenaan, sekali gus mencetuskan persoalan terhadap integriti SPRM ketika itu.

Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan oleh pihak SPRM dan bekas kepimpinannya.

Susulan kontroversi itu, kerajaan pada Mac lalu mengarahkan beberapa agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan menyeluruh, selain menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Peguam Negara.

Mengulas perkembangan siasatan, Azalina berkata dakwaan berhubung “mafia korporat” kini masih berada di bawah bidang kuasa pihak polis.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dakwaan berkenaan mafia korporat merupakan suatu perkara yang berada di dalam siasatan PDRM,” katanya.

Berita berkaitan
KPDN jelaskan status sebenar Madani Mart: Armizan
17 jam lalu· Isu semasa
Kontroversi pemindahan gajah: NRES sedia beri kerjasama dalam siasatan SPRM
21 jam lalu· Isu semasa
Pelantikan pendakwa raya dicadang terus kepada Agong, tanpa libat PM: Azalina
June 22, 2026· Isu semasa
Kerajaan gubal RUU AI, perketat kawalan terhadap deepfake dan salahguna teknologi
June 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Masjid Warisan TRX diteruskan, Menteri Agama beri jaminan
14 jam lalu · Isu semasa
FINAS bawa 11 syarikat tempatan ke festival animasi dunia
14 jam lalu · Isu semasa
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
16 jam lalu · Isu semasa
Ancaman dadah sintetik kian meruncing, fentanyl juga dikesan dalam vape
17 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat misteri lelaki berseragam bawa senjata di Kepong
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok