SPRM beku akaun bank, geledah lokasi berkait skandal IJM

January 21, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperhebat siasatan terhadap IJM Corporation susulan dakwaan melibatkan isu tadbir urus korporat, perolehan dan transaksi kewangan meragukan yang dikaitkan dengan pemilikan aset di luar negara bernilai kira-kira RM2.5 bilion.

Siasatan yang dijalankan menerusi Op Heart itu menyaksikan SPRM menggeledah empat lokasi berasingan melibatkan kediaman dan pejabat seorang anggota pengurusan tertinggi syarikat berkenaan.

Pada masa sama, sebanyak 55 akaun bank persendirian dan akaun syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut telah dibekukan, melibatkan anggaran dana berjumlah RM15.8 juta.

Menurut sumber, tindakan itu adalah sebahagian daripada usaha mengesan aliran wang serta aset yang disyaki diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram.

“Siasatan kini bukan sahaja tertumpu kepada akaun bank, malah turut melibatkan pengesanan dan penyitaan aset lain yang dipercayai hasil daripada aktiviti haram,” katanya.

Setakat ini, SPRM telah merakam sembilan pernyataan daripada saksi, termasuk dua individu daripada pengurusan tertinggi IJM.

“Rakaman percakapan kedua-dua individu ini disambung hari ini, dan lima lagi saksi akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,” menurut sumber itu lagi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengesahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau berkata, siasatan masih di peringkat awal namun memberi jaminan bahawa SPRM akan bertindak secara profesional dan telus.

Untuk rekod, pada 19 Januari lalu, Bahagian Operasi Khas SPRM telah memulakan siasatan terhadap dua individu kanan IJM.

Syarikat pembinaan dan kejuruteraan itu sebelum ini terlibat dalam pelbagai projek berskala besar di dalam dan luar negara, sekali gus menjadikan isu tadbir urus dan integriti korporat sebagai perkara yang mendapat perhatian awam.

Pada Selasa, SPRM memaklumkan sembilan individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan penglibatan IJM dalam skim pengubahan wang haram bernilai RM2.5 bilion.

Berita berkaitan
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
19 jam lalu· Isu semasa
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
19 jam lalu· Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
November 22, 2026· Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
9 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
9 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
10 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
11 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
9 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok