SPRM beri dua minggu untuk bekas pegawai Rafizi tampil bantu siasatan

April 1, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh dua minggu kepada seorang individu dikenali sebagai James Chai untuk pulang dan membantu siasatan berkaitan kes melibatkan ARM ARM Holdings Plc.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan bekas pegawai Rafizi Ramli itu diperlukan bagi membantu siasatan kes yang sedang giat dijalankan dengan seramai 17 saksi sudah dirakam percakapan setakat ini.

Mereka terdiri daripada pegawai Kementerian Ekonomi serta agensi berkaitan termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Selain itu, pelbagai dokumen penting seperti perjanjian dan dokumen sokongan turut diperoleh bagi membantu siasatan.

SPRM turut menjangka akan memanggil lapan lagi saksi, termasuk individu yang berada di luar negara.

Menurut SPRM, James Chai atau nama sebenarnya Chai Jin Shern dikenal pasti sebagai individu penting dalam kes berkenaan.

Pada 4 Mac lalu, notis mengesan telah dikeluarkan bagi menjejaki beliau.

“SPRM memberi tempoh dua minggu kepada beliau untuk tampil membantu siasatan,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu turut menyatakan kesediaan untuk menanggung kos penerbangan James Chai pulang ke Malaysia.

“Kami bersedia menanggung kos perjalanan bagi memastikan beliau dapat hadir memberikan keterangan,” katanya.

Sebelum ini, SPRM menerima surat daripada peguam James Chai bertarikh 9 Mac yang memaklumkan beliau tidak dapat hadir atas alasan kos penerbangan dan kekangan kerja.

Susulan itu, SPRM memberi lanjutan masa melalui surat balas bertarikh 13 Mac untuk beliau hadir pada 31 Mac, namun tiada maklum balas diterima.

“Sekiranya beliau terus gagal hadir selepas dua kali lanjutan diberikan, tindakan lanjut akan dipertimbangkan,” kata SPRM.

Tambah kenyataan itu, pihaknya tidak menolak kemungkinan mendapatkan kerjasama antarabangsa termasuk Interpol bagi mengesan dan memastikan kehadiran individu terbabit.

SPRM turut menegaskan semua individu yang dipanggil wajib memberi kerjasama.

“Jika beliau merasakan tidak melakukan sebarang kesalahan, tindakan sewajarnya adalah tampil memberi keterangan, bukannya membuat penjelasan di ruang awam tanpa hadir,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Projek jalan luar bandar: Mahfuz sindir Zahid, jangan hanya pandai salahkan MOF
12 jam lalu· Politik
Kes rasuah kuota pekerja asing Saravanan dibicarakan Mac depan
14 jam lalu· Politik
Kewangan Melaka makin tertekan, belanja negeri naik tiga kali ganda: Rafizi
18 jam lalu· Politik
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan 24 jam, orang ramai boleh buat aduan
October 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan kelas pertama
7 jam lalu · Isu semasa
RM14 bilion wang tidak dituntut, ramai tak sedar: Amir Hamzah
7 jam lalu · Isu semasa
Winbox, Alibaba antara sindiket judi dalam talian terbesar dalam pantauan polis
9 jam lalu · Isu semasa
Pengerusi TH terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM
12 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok