SPRM buka dua kertas siasatan berhubung isu dana hampir RM300 juta: Laporan

January 24, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana pelaburan bernilai hampir RM300 juta yang dikaitkan dengan seorang individu bergelar Tan Sri.

Menurut sumber, SPRM telah menahan dua individu serta menggeledah lima premis di sekitar Lembah Klang pada Rabu dan Khamis lepas, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Siasatan awal mendapati antara 2021 hingga 2024, sejumlah hampir RM300 juta berjaya dikutip daripada kira-kira 1,700 pelabur bagi tujuan pelaburan terhadap dua syarikat.

“Bagaimanapun, semakan mendapati dana yang dikutip dipercayai telah diseleweng dan dibelanjakan untuk tujuan selain daripada yang dipersetujui dalam perjanjian dengan para pelabur,” menurut sumber itu.

Sumber berkata Tan Sri terbabit disyaki menggunakan kedudukan serta pengaruhnya untuk menarik minat dan meyakinkan orang ramai supaya melabur dalam skim berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan kini memfokuskan kepada jejak aliran dana yang diseleweng bagi tujuan pemulihan.

“Siasatan ini turut melibatkan kepakaran Bahagian Analisa Kewangan SPRM dan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM,” katanya.

Setakat ini, 14 akaun individu dan syarikat telah dibekukan bagi membantu proses siasatan serta mengekang sebarang pergerakan dana yang disyaki berkaitan.

“SPRM masih menunggu maklum balas pihak bank berhubung baki akaun berkenaan dan menjangkakan lebih banyak akaun akan dibekukan selepas proses menjejak aliran wang selesai dilaksanakan,” katanya.

SPRM komited untuk melaksanakan siasatan secara profesional dan tegas memandangkan kes ini melibatkan jumlah wang yang besar serta kepentingan awam.

Media sebelum ini melaporkan SPRM memperoleh kebenaran perintah reman selama empat hari bermula semalam terhadap Tan Sri berkenaan di mahkamah Putrajaya, bagi membantu siasatan lanjut.

Tan Sri berumur 60-an yang juga pemilik sebuah syarikat swasta dan ahli kewangan Islam itu ditahan selepas tiba di ibu pejabat SPRM, di Putrajaya pada Rabu. – Bernama

Berita berkaitan
Lima bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam sempena PRN Johor
4 jam lalu· Politik
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
9 jam lalu· Isu semasa
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026· Politik
Pelaburan palsu punca kerugian tertinggi penipuan dalam talian
June 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
3 jam lalu · Isu semasa
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
4 jam lalu · Isu semasa
Parlimen bebas bahas, undi calon pendakwa raya: Azalina
4 jam lalu · Isu semasa
Kuota 200 liter RON95 cukup untuk hampir semua pengguna: Amir Hamzah
5 jam lalu · Isu semasa
Hampir 14 juta rakyat nikmati subsidi BUDI MADANI
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok