SPRM fokus rampas wang rasuah untuk dipulangkan kepada rakyat: Azam

February 3, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan peranan utamanya adalah merampas dan melucut hak hasil rasuah sebelum diserahkan kepada kerajaan, bukan menentukan cara wang itu dibelanjakan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, sebaik sahaja wang berkenaan diserahkan kepada kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF), tanggungjawab SPRM dianggap selesai.

“Ringkasnya, tugas kami adalah merampas dan melucut hak wang itu kepada kerajaan di bawah MOF. Ke mana wang itu dibelanjakan bukan tanggungjawab kami,” katanya semasa sidang media selepas majlis menandatangani Nota Kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan dan SPRM di sini.

Kenyataan itu dibuat susulan pandangan Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) yang menyatakan pemulihan RM8.5 bilion hasil haram hanya bermakna jika digunakan secara telus dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Azam menjelaskan kerajaan mempunyai mekanisme tersendiri dalam mengurus dan menentukan penggunaan dana berkenaan.

“Bagi saya, MOF atau kerajaan tahu bagaimana untuk menguruskannya,” katanya lagi.

Beliau juga berkata tanggungjawab SPRM adalah memastikan wang yang diseleweng dapat dikembalikan melalui proses undang-undang yang sah.

“Yang penting bagi kami adalah mengembalikan wang yang dicuri daripada rakyat kembali kepada rakyat,” katanya lagi.

Isu pemulihan aset haram menjadi perhatian sejak beberapa tahun kebelakangan ini susulan kes rasuah berprofil tinggi melibatkan dana awam.

Kerajaan dan agensi penguat kuasa kini memberi fokus kepada pengesanan aliran wang haram termasuk yang disorok di luar negara, selaras dengan usaha meningkatkan ketelusan serta keyakinan rakyat terhadap institusi negara.

Azam menegaskan, keputusan akhir berkaitan perbelanjaan wang rampasan terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa kerajaan.

“Bagaimana wang itu dibelanjakan oleh kerajaan adalah keputusan kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
19 jam lalu· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
September 19, 2026· Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
13 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
13 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
13 jam lalu · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
16 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok