SPRM sasar kutip RM10 bilion tahun ini: Azam Baki

January 22, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyasarkan kutipan sebanyak RM10 bilion sepanjang tahun ini hasil usaha membanteras aktiviti penyelewengan dan ketirisan menerusi Pasukan Petugas Khas Pelbagai Agensi (MATF).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, sasaran itu boleh dicapai sekiranya semua agensi yang terlibat bekerjasama secara agresif untuk mendapatkan semula wang negara yang hilang, khususnya akibat kegiatan penyeludupan yang berlarutan sejak sekian lama.

“Banyak kegiatan penyeludupan berlaku dan kita perlu mencari pendekatan yang lebih menyeluruh kerana isu ini berkait rapat dengan kehilangan hasil apabila cukai tidak dibayar,” katanya ketika berucap pada Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media hari ini.

Menurutnya, rampasan barangan seludup seperti rokok tidak seharusnya dilihat secara sempit berdasarkan nilai semasa semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira kerugian besar yang telah berlaku dalam tempoh bertahun-tahun.

“Apabila kita serbu rokok seludup hari ini, kita mungkin nampak jumlah tertentu.

“Tetapi hakikatnya, mereka mungkin sudah mengimport rokok seludup ini sejak lima atau 10 tahun lalu. Jadi kita perlu lihat ke belakang untuk mendapatkan semula duit yang telah hilang,” katanya.

Azam menegaskan pendekatan melihat semula rekod dan aktiviti lampau adalah penting bagi memastikan kutipan hasil dapat dimaksimumkan, dan perkara itu telah ditekankan kepada semua pengarah SPRM di peringkat negeri.

Untuk rekod, MATF ditubuhkan sebagai platform kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa bagi menangani isu rasuah, ketirisan dan ekonomi gelap yang memberi kesan besar kepada kewangan negara.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, fokus terhadap penyeludupan, pengelakan cukai dan salah guna kuasa dipertingkatkan selari dengan usaha kerajaan memperkukuh tadbir urus.

Dalam tempoh dua tahun dari 2023 hingga 2024, Azam memaklumkan sebanyak RM15.5 bilion berjaya dikutip hasil tindakan terhadap aktiviti penyelewengan dan ketirisan melalui MATF, sekali gus menunjukkan potensi besar untuk mencapai sasaran tahun ini jika momentum berkenaan dikekalkan.

Berita berkaitan
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
12 jam lalu· Isu semasa
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
17 jam lalu· Isu semasa
Lima bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam sempena PRN Johor
June 25, 2026· Politik
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
June 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
12 jam lalu · Isu semasa
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026 · Isu semasa
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
June 25, 2026 · Isu semasa
Parlimen bebas bahas, undi calon pendakwa raya: Azalina
June 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok