SPRM siasat dakwaan rasuah perolehan RM58 juta di UKM

November 22, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan ke atas proses perolehan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bernilai RM58.45 juta, berikutan pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) baru-baru ini.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Zainul Darus, memberitahu pihaknya telah memanggil lima individu untuk memberi keterangan setakat ini dan siasatan sedang dijalankan dengan teliti sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

“Setakat ini, proses siasatan termasuk penelitian dokumen berkaitan masih giat dijalankan,” jelas Zainul.

“Selain siasatan jenayah rasuah, SPRM turut membuka kertas penyiasatan tatakelola bagi meneliti aspek pengurusan dan kepatuhan tatakelola dalam perolehan itu,” tambahnya lagi.

Zainul juga memberi komitmen berhubung ketelusan siasatan dijalankan bagi memastikan integriti perolehan awam sentiasa dijaga dengan baik.

“SPRM memberi komitmen berterusan dalam memastikan integriti dan pengurusan tatakelola negara dilaksanakan dengan baik, selaras dengan usaha memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap sistem perolehan awam,” katanya lagi.

Isu ini turut mendapat perhatian istana apabila Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menyentuh mengenainya dalam titah baginda di Majlis Pengisytiharan Pembukaan Konvokesyen ke-53 UKM di Bangi, hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara pada Julai lalu mendedahkan tiga daripada tujuh tender perolehan UKM, dengan jumlah keseluruhan RM58.45 juta, tidak mematuhi prosedur perolehan yang ditetapkan.

Laporan itu mendakwa Jawatankuasa Perolehan Tender UKM memilih syarikat yang tidak disyorkan oleh jawatankuasa penilaian teknikal, kewangan dan pra-tender.

Laporan audit tersebut menyifatkan terdapat “ketidakteraturan yang serius serta kelemahan” dalam proses perolehan.

Antara lain, UKM didapati tidak melantik wakil Kementerian Kewangan dalam Jawatankuasa Perolehan, manakala wakil Kementerian Pengajian Tinggi yang dilantik tidak hadir dalam mesyuarat bagi tiga tender berkenaan.

Siasatan SPRM dijangka menyiasat sejauh mana penyelewengan ini berlaku.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu· Isu semasa
Hadi: Jangan guna isu rasuah jatuhkan lawan
September 4, 2026· Politik
AG digesa semak semula 47 kes pertuduhan Zahid: Rayer
September 3, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
22 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok