SPRM tahan pengerusi perumahan terima rasuah RM1.6 juta: Bernama

September 8, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengerusi jawatankuasa perumahan sebuah badan berkanun di Johor kerana disyaki meminta dan menerima rasuah serta menyalahgunakan kuasa dalam urusan permohonan lot tapak perumahan.

Sumber memaklumkan lelaki lingkungan 40-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor pada 7.30 malam semalam.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu antara 2016 hingga 2025,” katanya.

Sumber berkata suspek dipercayai meminta wang kira-kira RM4,000 daripada setiap 400 pemohon lot tapak rumah melibatkan nilai keseluruhan kira-kira RM1.6 juta.

Wang itu didakwa diseleweng untuk kegunaan sendiri melalui pengeluaran daripada akaun bank jawatankuasa tersebut dengan menggunakan invois palsu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A), Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata suspek akan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas proses merakam keterangan selesai. – Bernama

Berita berkaitan
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
8 jam lalu· Politik
NGO desak SPRM, AG jelaskan status siasatan RM1.1 bilion libat Rafizi
18 jam lalu· Politik
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
October 22, 2026· Isu semasa
72 rakyat Malaysia ditahan dalam kes dadah di luar negara: Polis
October 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
8 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
18 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok