Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Keempat.
Seramai 8.6 juta rakyat Malaysia akan mula menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Ketiga mulai esok, dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM2 bilion, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Jumlah penerima kali ini menunjukkan peningkatan 300,000 orang berbanding fasa pertama pada Januari lalu, dengan nilai bantuan individu mencecah sehingga RM650 bergantung pada kategori kelayakan.
Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim memastikan lebih banyak rakyat berpeluang mendapat bantuan dengan membuka permohonan dan rayuan baharu sepanjang tahun.
“Ini membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada menikmati bantuan, selaras dengan prinsip ekonomi Madani,” tegas Anwar, yang juga Menteri Kewangan.
Beliau menegaskan bahawa STR bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi juga suntikan ekonomi untuk membantu penerima mencapai kestabilan kewangan.
Pemohon yang belum tersenarai dalam pangkalan data STR masih boleh mengemukakan permohonan atau rayuan untuk disaring berdasarkan kriteria kelayakan.
Penerima boleh menyemak status kelayakan mereka dan mengakses maklumat lanjut melalui portal rasmi STR di [https://bantuantunai.hasil.gov.my](https://bantuantunai.hasil.gov.my).
Dengan suntikan RM2 bilion ini, kerajaan berharap dapat mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya dalam menghadapi kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum