Pamela Ling Yueh.
Polis menahan suami kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh yang dilaporkan diculik pada 9 April lalu, telah ditahan pagi tadi.
Media sebelum ini melaporkan kehilangan seorang wanita semasa dalam perjalanan untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa berkata, penahanan ke atas individu bergelar Datuk Seri itu dilakukan di sekitar ibu kota.
Bagaimanapun katanya, usaha polis untuk mereman lelaki berusia 50-an itu gagal apabila permohonan ditolak mahkamah.
“Dia ditangkap di kawasan ibu negara awal pagi tadi, namun lelaki itu belum dibebaskan dan siasatan masih berjalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini, Pamela dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan menggunakan perkhidmatan e-hailing ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada pagi 9 April lalu.
Pada 17 April lalu, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, memaklumkan siasatan turut menjurus kepada kemungkinan suami mangsa antara individu yang terbabit dalam kes berkenaan.
“Kita sedang menyiasat sama ada suami mangsa terbabit secara langsung atau sebaliknya. Siasatan ketika ini masih berjalan dan kita tidak menolak sebarang kemungkinan,” kata Razarudin.
Guru rugi RM325,000 diperdaya sindiket menyamar pegawai AMLA
Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun
Agong berangkat ke Russia untuk lawatan khas: Laporan
Akses lebih adil kepada pelajar pelbagai aliran masuk ke universiti awam: Loke
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong