Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar tiada sebarang kegiatan tidak bermoral atau songsang berlaku di negeri tersebut.
Titah baginda disampaikan susulan laporan media mengenai serbuan ke atas sebuah premis yang disyaki menjadi lokasi aktiviti seumpama di ibu negara baru-baru ini.
Baginda meluahkan berasa terkejut dengan berita mengenai kegiatan tersebut yang menjadi perhatian umum baru-baru ini dan menyeru agar ianya dihentikan serta tidak menular ke Pahang.
“Saya agak terkejut jugalah dengan berita dengan kegiatan seperti ini. Saya harap ini tidak berlaku di Pahang,” titah Al-Sultan Abdullah.
Dalam titahnya yang dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang, baginda turut menasihati orang ramai supaya menjauhi perbuatan songsang.
Baginda juga mengarahkan pihak berkuasa tempatan meningkatkan pemantauan.
“Saya ingin beri nasihat, jauhilah perbuatan-perbuatan songsang ini dan saya minta juga Majlis Perbandaran di semua daerah memantau kegiatan seumpama ini,” titah baginda.
Al-Sultan Abdullah menekankan, pemantauan rapi perlu dilakukan terutamanya di premis-premis tertentu seperti spa bagi memastikan aktiviti haram tidak wujud.
“Kalau ada pun tempat yang menyediakan fasiliti seperti ini dapat dipantau dengan lebih rapi supaya tidak ada kegiatan songsang ini berlaku di negeri Pahang,” tegas baginda.
Selain itu, baginda menegaskan tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat atau menyediakan ruang untuk kegiatan songsang.
Titah ini disampaikan sebagai amaran jelas bagi menjaga moral dan maruah negeri Pahang.
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum