Pendakwaan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan memuat naik kandungan jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong menerusi Facebook, bulan lalu.
Tertuduh, Suhaila Abd Halim membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.
Mengikut pertuduhan, wanita tersebut didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik menggunakan aplikasi Facebook, yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab, manakala Suhaila diwakili peguam Rushilan Gunalan.
Semasa prosiding, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan tanpa syarat tambahan.
Namun, pihak pembelaan memohon jumlah lebih rendah atas alasan tertuduh merupakan suri rumah daripada golongan B40 dan perlu menyara enam anak berusia antara dua hingga 13 tahun.
“Anak guam saya tidak bekerja dan mempunyai tanggungan keluarga yang besar,” kata peguam bela ketika memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan minimum.
Mahkamah kemudian membenarkan Suhaila diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia.
Selain itu, mahkamah turut menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh melapor diri sebulan sekali di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhampiran serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 21 Julai depan untuk serahan dokumen mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.
Sejak kebelakangan ini, pihak berkuasa meningkatkan tindakan terhadap individu yang dipercayai menyalahgunakan media sosial dengan memuat naik kandungan menyentuh institusi diraja, agama dan kaum.
Kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dikenakan denda, penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?