Suspek conteng tokong ada masalah mental

April 11, 2026 · Isu semasa

Polis mengesahkan lelaki yang terlibat dalam insiden menconteng kalimah ALLAH dan “Bismillahirrahmanirrahim” pada sebuah tokong di Persisiran Pantai Siring mempunyai rekod masalah kesihatan mental.

Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek berusia 39 tahun itu ditahan pada Khamis kira-kira jam 2 petang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mengaku melakukan perbuatan tersebut.

“Suspek mengaku melakukan perbuatan itu dan kita tidak mahu mengambil risiko memandangkan dia mempunyai rekod sakit mental,” katanya.

Beliau menambah, suspek kemudian dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut sementara menunggu tindakan seterusnya.

Kes berkenaan kini telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk penilaian lanjut, termasuk dari aspek kesihatan mental suspek sebelum sebarang pertuduhan diputuskan.

Dalam perkembangan sama, pihak berkuasa tempatan telah mengambil tindakan merobohkan struktur tokong berkenaan pada Jumaat.

Difahamkan, binaan itu merupakan struktur lama yang tidak berdaftar dan didirikan di atas tanah milik kerajaan.

Pihak polis juga menasihatkan orang ramai agar tidak memperbesarkan perkara yang menyentuh isu 3R iaitu agama, kaum dan institusi diraja.

“Jika terdapat perkara melibatkan 3R, kita nasihatkan orang ramai supaya segera melaporkannya kepada pihak polis supaya tindakan cepat dapat diambil,” katanya lagi.

Tambah beliau, penyebaran maklumat tanpa pengesahan boleh mencetuskan ketegangan dan menjadikan sesuatu isu lebih besar daripada keadaan sebenar.

Setakat ini, keadaan dilaporkan terkawal dan pihak berkuasa memberi jaminan akan terus memantau situasi bagi memastikan ketenteraman awam terpelihara.

Berita berkaitan
Kes 61 tikaman Kelantan: Reman dua remaja dilanjutkan
May 8, 2026· Isu semasa
DAP arah jentera bersedia hadapi tiga PRN mengejut
May 5, 2026· Politik
Terpedaya cinta online, pegawai bank rugi hampir RM90,000
May 4, 2026· Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Empat individu direman Polis Kelantan
May 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan cari jalan bantu syarikat media bertahan: Fahmi
May 9, 2026 · Isu semasa
Gagal tangani akaun palsu kerabat diraja, kerajaan teliti tindakan terhadap Meta: Fahmi
May 9, 2026 · Isu semasa
Fahmi santuni bekas Ketua Pengarang Melaka Hari Ini, serah sumbangan HAWANA
7 jam lalu · Isu semasa
Transformasi AI dan digital perlu sampai ke kampung: PMX
7 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak negara kembali stabil, PETRONAS ambil langkah proaktif: PMX
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok