Calon Ketua Menteri? Adly mahu fokus PRN dahulu

November 2, 2026 · Politik

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menghargai cadangan menamakannya sebagai calon Ketua Menteri sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Bagaimanapun, beliau berkata keutamaan ketika ini adalah memastikan calon PH memenangi sebanyak mungkin kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), bukannya membincangkan soal jawatan atau kepimpinan negeri.

“Pandangan itu kita hargai tetapi fokus kita hari ini adalah untuk pastikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kita ini, kita menang.

“Ini kerana kita tahu proses pembentukan kerajaan itu banyak bergantung kepada jumlah kerusi yang kita menang,” katanya pada sidang akhbar harian, hari ini.

Adly berkata, PH perlu menggunakan baki tempoh kempen untuk meyakinkan pengundi dan memastikan calon parti mendapat sokongan rakyat.

Menurutnya, kemenangan dalam PRN bergantung kepada keputusan pengundi, justeru semua jentera parti perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha memenangi kerusi yang ditandingi.

Beliau berkata, PH memberi perhatian kepada 24 DUN utama, selain 18 DUN yang turut menjadi sasaran tumpuan gabungan itu.

“Saya fikir tugas kita 14 hari ini untuk memenangkan ADUN-ADUN kita,” katanya.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari mencadangkan Adly sebagai calon Ketua Menteri sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan negeri selepas PRN Melaka pada 14 November ini.

Amirudin menyifatkan Adly, yang pernah menerajui pentadbiran negeri sebagai Ketua Menteri, sebagai calon sesuai untuk kembali memimpin Melaka.

Adly sebelum ini menjadi Ketua Menteri Melaka selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, ketika kerajaan negeri diterajui PH, sebelum pentadbiran itu berakhir susulan perubahan politik pada 2020.

Perkembangan itu menjadikan soal calon Ketua Menteri antara perkara yang mendapat perhatian menjelang PRN Melaka kali ini. Namun, bagi PH, kemampuan memenangi kerusi dan memperoleh sokongan majoriti di DUN kekal menjadi penentu utama pembentukan kerajaan negeri.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PH sahut cabaran debat MCA di empat DUN
2 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH desak projek terbengkalai didedahkan, gesa siasatan
4 jam lalu· Politik
Polis beri amaran isu 3R sepanjang kempen PRN Melaka
4 jam lalu· Politik
PH pilih pendekatan politik khidmat di Melaka, bukan hanya bersuara lantang: Fahmi
17 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
MP DAP persoal AGC berhubung status laporan terhadap MB Negeri Sembilan
2 jam lalu · Politik
CSA enam Ahli Parlimen Bersatu bukan keputusan PN: Takiyuddin
5 jam lalu · Politik
Jangan salah guna agama dalam politik, pesan Dr Maza
17 jam lalu · Politik
Isu jalan luar bandar: Zafrul sindir ada pihak guna cybertrooper Vietnam
17 jam lalu · Politik
Perpaduan Melayu-Islam UMNO-PAS hanya helah politik: Amanah Selangor
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok