Syarikat pengangkutan diminta segera daftar subsidi bersasar petrol

September 21, 2025 · Isu semasa

Armizan Mohd Ali, menggesa semua syarikat pengangkutan awam dan barangan agar segera mendaftar di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan tidak menunggu sehingga saat akhir.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata pendaftaran awal membolehkan syarikat menikmati manfaat subsidi petrol RON95 sebaik sahaja tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diumumkan oleh Kementerian Kewangan tidak lama lagi.

Armizan berkata, bilangan pendaftaran setakat ini amat rendah berbanding anggaran kenderaan yang layak.

Daripada anggaran 4,647 kenderaan di Sabah dan Sarawak, hanya 95 kenderaan telah mendaftar.

“Jangan tunggu saat akhir. Kalau kita melihat dari segi proses, mendaftar dan memohon SKPS itu mudah.

Kita merasakan kalau mereka daftar sekarang, KPDN boleh luluskan satu hari, bahkan satu jam pun boleh jika dokumen lengkap,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Sabah hari ini.

“Tetapi, proses yang selanjutnya apabila mendapat notifikasi kelulusan, mereka kena memohon fleet card daripada syarikat-syarikat minyak pilihan.

“Jadi, perkara ini yang akan ambil masa,” tambah beliau.

Sehingga semalam, jumlah kumulatif permohonan SKPS di seluruh negara ialah 1,790 syarikat melibatkan 5,449 kenderaan, dengan hanya 249 kenderaan telah melengkapkan pendaftaran.

Jumlah ini masih jauh daripada anggaran 100,000 kenderaan yang layak di seluruh negara.

Armizan juga menekankan tidak seperti subsidi diesel yang dikekalkan di Sabah dan Sarawak, inisiatif penyasaran subsidi petrol RON95 ini akan dilaksanakan di seluruh negara.

“Mungkin ada yang tidak jelas. Kemungkinan mereka merasakan sebagaimana diesel, untuk penyasaran subsidi petrol ini tidak terlibat untuk Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

Beliau menegaskan subsidi ini bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat pengangkutan, malah melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga petrol.

Berita berkaitan
Penarafan A3 Moody bukti asas ekonomi Malaysia kekal kukuh
July 14, 2026· Isu semasa
Hassan Karim pertahan dasar subsidi petrol, diesel kerajaan
July 14, 2026· Isu semasa
Bekalan minyak negara terjamin, kerajaan pelbagaikan sumber: PMX
July 14, 2026· Isu semasa
Harga petrol, diesel kekal minggu ini bagi tempoh 9 hingga 15 Julai
July 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
3 jam lalu · Isu semasa
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
4 jam lalu · Isu semasa
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
7 jam lalu · Isu semasa
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok