Syarikat untung berbilion perlu bayar upah tinggi pekerja golongan muda: PMX

June 15, 2025 · Isu semasa

Kerajaan mengambil berat peranan golongan muda dalam pembangunan negara, justeru pelbagai inisiatif dan program dilaksanakan bagi memperkasakan mereka, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata keutamaan dalam dasar dan polisi negara menekankan keutamaan kepada kumpulan belia yang akan menjadi penentu masa depan dan mengumumkan pelaksanaan Skim Gaji Perkhidmatan Awam (SSIP) serta arahan kepada GLC dan GLIC untuk menaikkan gaji minimum.

“Ada syarikat untung berbilion tapi gaji pekerja masih rendah. Kita beri isyarat jelas, untung tinggi mesti diterjemah kepada upah yang lebih baik kepada pekerja terutama anak muda. Ini hanya berlaku di bawah kerajaan Madani,” katanya semasa merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2025 malam tadi.

Anwar juga mengiktiraf disiplin dan semangat kerja anak muda sebagai sebab utama syarikat-syarikat gergasi seperti Google, Microsoft, Nvidia dan Infineon memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Katanya, semua syarikat ini memilih Malaysia kerana disiplin dan semangat pekerja khususnya anak muda dan bukan kerana politik semata-mata.

Anwar juga menggesa generasi muda tidak leka atau mudah diperdaya dengan politik sempit sebaliknya perlu membina keyakinan diri berlandaskan iman, ilmu dan pencerahan.

“Yakin kerana iman kita, yakin kerana ilmu kita, yakin kerana pencerahan kita. Tidak mudah diperdaya. Tidak merendah dan menghina orang lain sama ada sesama kaum atau kaum lain.

“Yakin dengan keupayaan negara ini untuk diangkat sebagai antara negara hebat di rantau ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Anwar turut menyentuh pencapaian dalam bidang pendidikan dan kemahiran termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang kini menjadi pilihan ramai pada masa kini.

“Dulu susah nak suruh anak masuk TVET. Sekarang semua perkhidmatan baru, digital, tenaga, AI, pusat data semua perlukan tenaga mahir dan TVET. Tahun ini sahaja, permohonan ke TVET mencecah 140,000 orang,” katanya.

Anwar juga telah mengumumkan peruntukan sebanyak tambahan daripada RM3 juta kepada RM4 juta untuk Majlis Belia Malaysia (MBM) serta menyatakan komitmen kerajaan dalam menyegerakan dana bagi penubuhan Akdemi Sepak Takraw Malaysia.

”Sejak beberapa hari lepas, saya ke sana sini. Umum peruntukan tambahan. Kenapa kita boleh senang berikan dana tambahan.. kerana Kerajaan Madani cermat, tatakelolanya dijaga dan tidak izinkan pemimpinnya sakau duit rakyat,” ujarnya.

Selain itu, Anwar juga sempat menyeru agar anak muda tidak lagi terpedaya dengan retorik politikus yang memperalatkan semangat Melayu namun ketika berkuasa merompak harta rakyat termasuk tanah rizab Melayu.

“Jangan lagi tertipu. Ada orang masa tiada kuasa, laung perjuangan Melayu. Bila dapat kuasa, tanah rizab Melayu pun mereka ambil. Cukup-cukuplah.

”Negara ini milik kita bersama tidak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, semua boleh duduk bersama,” tegasnya.

Berita berkaitan
Kerajaan belanja RM2 bilion sebulan untuk kekalkan harga RON95: Anwar
6 jam lalu· Isu semasa
Cuti tambahan sempena Aidilfitri diumum kerajaan
6 jam lalu· Isu semasa
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
March 13, 2026· Politik
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.93 hingga RM3.98: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
SUHAKAM bantah guna SOSMA terhadap kanak-kanak
6 jam lalu · Isu semasa
Penipuan pelaburan cecah RM188 juta awal tahun ini: Polis
6 jam lalu · Isu semasa
Konflik Asia Barat dijangka beri tekanan inflasi kepada negara: Akmal Nasrullah
6 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi negara masih kukuh hadapi krisis Asia Barat: Zafrul
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok