Tak ada perbincangan susun semula Kabinet: Zahid

November 11, 2025 · Politik

Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan urusan rombakan Kabinet tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Jemaah Menteri kerana perkara tersebut merupakan hak mutlak Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh untuk melantik atau menentukan barisan ahli Jemaah Menteri mengikut budi bicaranya, namun menafikan wujud pernbincangan untuk menyusun semula barisan Kabinet sedia ada.

“Tidak pernah ada perbincangan dalam mesyuarat Kabinet untuk menyusun semula Kabinet. Tidak pernah,” tegas Zahid ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hari ini.

“Itu adalah hak mutlak Perdana Menteri yang mempunyai kuasa sepenuhnya untuk merombak Kabinet dan melantik sesiapa yang sepatutnya berada sebagai ahli Jemaah Menteri atau pun timbalan menteri,” tambahnya.

Kenyataan Zahid itu mengukuhkan lagi kenyataan Perdana Menteri sebelum ini yang menyatakan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada petang itu tidak akan membincangkan isu rombakan Kabinet.

Sebaliknya, kerajaan memberi tumpuan kepada urusan lain yang lebih mendesak.

Jelas Anwar, fokus kerajaan pada ketika ini ialah untuk memuktamadkan soal sama ada akan merayu atau tidak berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung isu pemulangan 40 peratus hasil Sabah.

Penegasan daripada kedua-dua pemimpin tertinggi itu secara tidak langsung menutup ruang kepada sebarang spekulasi mengenai perubahan dalam barisan kepimpinan kerajaan buat masa ini, sekaligus meletakkan keutamaan kepada urusan pentadbiran yang dihadapi negara.

Berita berkaitan
BN masih runding, keputusan kerjasama tunggu selepas mesyuarat SPR: Zahid
October 4, 2026· Politik
PRN Melaka: Amanah masih buka ruang kerjasama, tunggu ‘jodoh’ politik
October 4, 2026· Politik
PRN Melaka: Johari ingatkan parti politik jaga kestabilan
October 4, 2026· Politik
Kes kematian pelajar Irene Sofiya: Anwar arah siasatan segera, telus
October 4, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
9 jam lalu · Politik
MYEG digantung bukan isu politik: Loke
9 jam lalu · Politik
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
10 jam lalu · Politik
PN cabar RoS di mahkamah, mahu kepastian sebelum PRN Melaka
10 jam lalu · Politik
Loke kekal pendirian berundur selepas Najib pulang ke rumah
October 4, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok