Tak sesuai Rafizi masuk PAS, Zuhdi sindir jangan terlalu perasan

May 20, 2025 · Politik

Dakwaan Rafizi Ramli kononnya terdapat pelawaan untuk menyertai PAS hanya cerita dongeng dan karut, kata Mohd Zuhdi Marsuki.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata Menteri Ekonomi tersebut tidak mempunyai perjuangan yang selari dengan parti Islam tersebut dan tidak memahami matlamat sebenar yang menjadi tunjang parti itu.

“Sejak Pas ditubuhkan, citra perjuangannya ialah memperjuangkan hukum dan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan serta mempertahankan kedudukan kaum bumiputera tanpa menafikan hak kaum-kaum lain.

“Pada pemerhatian saya, kedua-dua citra perjuangan ini tidak ada pada Rafizi. Justeru, beliau tidak sesuai menyertai PAS,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Terdahulu, Rafizi mendedahkan bahawa beliau pernah menerima tawaran untuk menyertai PAS susulan beberapa insiden yang berlaku sepanjang kempen Pemilihan PKR bagi sesi 2025-2028.

Mengulas lanjut, Mohd Zuhdi berkata, sepanjang penglibatan Rafizi dalam politik, beliau tidak pernah berada di barisan hadapan memperjuangkan Islam mahupun mempertahankan hak bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perjuangan politik Rafizi lebih bercirikan aliran politik kanan Barat. Walaupun tiga syarat asas untuk menyertai PAS adalah warganegara Malaysia, Islam dan akil baligh, satu lagi syarat penting ialah pengakuan menerima serta taat kepada Perlembagaan, peraturan dan keputusan parti.

“Ahli PAS mesti berjuang untuk mendaulatkan Islam dan mempertahankan kesuciannya. Dalam konteks ini, keputusan-keputusan politik PAS ditentukan oleh Majlis Syura Ulama berdasarkan kehendak Islam,” jelasnya.

Tambah beliau, jika Rafizi menyertai PAS, beliau tidak akan terlibat secara langsung dalam proses penetapan dasar parti seperti yang lazim dilakukannya dalam PKR, kecuali selepas memenuhi syarat menjadi seorang ulama yang faqih.

“Di dalam PAS, lazimnya Presiden dan Timbalan Presiden dipilih dalam kalangan ulama kerana mereka terlibat secara langsung dalam proses pemutusan dasar dan hala tuju parti,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Zuhdi menegaskan bahawa PAS sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja daripada kalangan umat Islam untuk menyertai parti itu, manakala bukan Muslim boleh menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

“Oleh itu, tanpa pelawaan pun Rafizi sebenarnya boleh menyertai PAS. Jika pelawaan hanya datang daripada penyokong awam, tidak perlulah dihebohkan. Lainlah jika datang daripada pimpinan utama PAS, itu memang suatu penghormatan,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Zuhdi berkata, beliau secara peribadi tidak berminat mencampuri urusan pemilihan PKR, namun terpaksa memberi ulasan kerana PAS sering dikaitkan dalam kempen-kempen pemilihan parti berkenaan.

Katanya, dari sudut pemerhatian luaran, Rafizi dilihat sukar mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden apabila sokongan akar umbi cenderung kepada Nurul Izzah Anwar.

“Jika Rafizi kalah, saya tidak fikir beliau akan menyertai PAS. Sebaliknya, tidak mustahil beliau akan menyertai gabungan baharu bersama tokoh-tokoh beraliran kanan seperti Khairy Jamaluddin, Syed Saddiq, Syahrir Adnan dan yang seumpamanya.

“Politik Malaysia akan menjadi lebih menarik jika tokoh-tokoh ini bergabung membentuk kuasa ketiga bagi menghadapi PN (Perikatan Nasional) dan PH (Pakatan Harapan)-BN (Barisan Nasional) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Mungkin MCA dan MIC juga bersama,” katanya.

Berita berkaitan
PN ambil tindakan undang-undang selepas digantung RoS: Takiyuddin
9 jam lalu· Politik
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
September 23, 2026· Politik
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
September 22, 2026· Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
September 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Pemuda PH Negeri Sembilan desak MB kemuka senarai Exco baharu
September 24, 2026 · Politik
Wanita PKR gesa institusi raja tidak dijadikan medan politik
3 jam lalu · Politik
Tindakan RoS gantung PN bukan dibuat sewenang-wenangnya: Zahid
3 jam lalu · Politik
MB sahkan Exco Negeri Sembilan dilarang masuk pejabat selepas titah Tuanku
3 jam lalu · Politik
Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan: Bernama
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok