SPRM baru-baru ini mendedahkan sedang menyiasat seorang individu bergelar “Tan Sri” terlibat dalam penyelewengan dana projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.
Seorang individu bergelar Tan Sri yang sedang berdepan siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang masih berada di hospital.
Menurut laporan BH yang memetik sumber, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum mengambil keterangan Tan Sri tersebut kerana sedang menerima rawatan berkaitan masalah kesihatannya di sebuah hospital swasta.
“SPRM belum merakam keterangan Tan Sri itu, berkemungkinan proses itu akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya dipetik laporan.
Sebelum ini, pegawai siasatan SPRM dilaporkan sudah mendapatkan pengesahan daripada doktor berkaitan status kesihatan Tan Sri terbabit sebelum dirakamkan keterangannya.
Setakat ini, 45 saksi yang diambil keterangan sebelumnnya bagi membantu siasatan, sudah dipanggil semula untuk memberikan maklumat tambahan.
Pada 3 Jun lalu, SPRM menyenaraikan harta dengan keseluruhan sitaan berjumlah kira-kira RM143 juta, dirampas dalam siasatan penyelewengan sukuk untuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang membabitkan seorang kenamaan bergelar Tan Sri.
Media sebelum ini melaporkan pasukan siasatan SPRM juga sedang mengesan kenderaan mewah dan hartanah milik Tan Sri terbabit di dalam serta luar negara termasuk di London dan Switzerland.
Selain itu, siasatan turut tertumpu kepada nilai sebenar minuman alkohol mewah dalam simpanan Tan Sri itu.
Pada masa yang sama, notis pengisytiharan harta juga telah diserahkan kepada Tan Sri dan pihak yang berkaitan.
Jumlah terkini sitaan membabitkan 14 akaun individu berjumlah RM4.5 juta, lapan akaun syarikat berjumlah RM33 juta, kondominium mewah dan sebidang tanah bernilai RM24.5 juta, sembilan unit kereta berjumlah RM7.65 juta.
Turut disita adalah jam tangan mewah bernilai kira-kira RM25 juta, tas tangan bernilai RM3 juta, barang kemas serta berlian (RM6 juta) dan empat ekor kuda bernilai RM400,000.
Minuman beralkohol bernilai RM3 juta, aset luar negara yang dinilai lebih daripada RM15 juta serta aktiviti perjudian yang dianggarkan kira-kira RM20 juta.
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih