Tangguh bacaan kedua RUU URA, gesa MP kerajaan dan pembangkang

August 26, 2025 · Isu semasa

Bantahan terhadap Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) atau Urban Renewal Act (URA) terus mendapat perhatian apabila sekumpulan penyokong Perikatan Nasional (PN), persatuan penduduk Wilayah Persekutuan dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan himpunan aman di hadapan bangunan Parlimen pada Selasa.

Sekumpulan aktivis berhimpun untuk menyerahkan memorandum bantahan yang mendesak kerajaan menangguhkan bacaan kedua RUU URA yang dijadualkan dibahaskan minggu ini.

Memorandum tersebut diterima oleh wakil rakyat dari kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang, termasuk Ahli Parlimen (MP) Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang menegaskan bahawa tugas utama wakil rakyat adalah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kepentingan rakyat.

Hassan menyatakan kebimbanganRUU URA berpotensi bercanggah dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak milik harta benda rakyat.

“Ambang kelulusan 75 peratus bagi rumah berusia 30 tahun adalah terlalu rendah. Saya memohon kerajaan menangguhkan bacaan kedua untuk memberi ruang kepada semua pihak mengkaji semula rang undang-undang ini,” katanya.

Antara wakil kerajaan yang turut menerima memorandum ialah Wong Chen (PH-Subang), Rodziah Ismail (PH-Ampang), Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) dan Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai).

Dari blok pembangkang, turut hadir sama Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian), Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), Dr Shahidan Kassim (PN-Arau), Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut), Idris Ahmad (PN-Bagan Serai), Fathul Huzir Ayob (PN-Gerik) dan Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran).

Idris menyifatkan langkah kerajaan membentangkan URA sebagai tergesa-gesa dan tidak melalui perbincangan menyeluruh, malah mendapat tentangan daripada sebahagian wakil rakyat kerajaan sendiri.

Beliau menegaskan PN menolak RUU ini sejak awal memandangkan kerajaan mempunyai alternatif lain tanpa perlu mewujudkan URA, dengan merujuk kepada kejayaan projek Razak Mansion dan Kampung Kerinchi yang dilaksanakan melalui rundingan bersama penduduk.

“Kuasa besar yang diberikan kepada menteri dan Exco negeri melalui URA membimbangkan, terutamanya mengenai status tanah rizab Melayu dan tanah wakaf yang jelas tidak boleh dipindah milik,” ujarnya.

Pada Isnin, Pemuda PAS menyerahkan memorandum bantahan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung cadangan bacaan kedua akta tersebut, menyatakan kebimbangan terhadap tindakan menteri yang dilihat tergesa-gesa.

Berita berkaitan
Adam pertahan sekatan perjalanan peminjam PTPTN
6 jam lalu· Isu semasa
Isu ‘Alhamdulillah’: Menteri minta orang ramai rujuk pihak berkuasa agama
February 8, 2026· Isu semasa
Dana Inovasi Media pacu masa depan media tempatan: Nie Ching
February 5, 2026· Isu semasa
RM150 juta dana SARA tak ditebus disalur kepada golongan rentan
February 5, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Rizab BNM cecah AS$126.9 bilion
3 jam lalu · Isu semasa
Pelan baharu tangani kos sara hidup dilancar tahun ini: Armizan
3 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing terus beli saham tempatan, aliran masuk cecah RM15 juta
6 jam lalu · Isu semasa
Ringgit kekal stabil sekitar paras RM3.94 berbanding dolar: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
Bantuan SARA RM100 disalurkan bermula hari ini
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok