Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX

July 24, 2026 · Isu semasa

Kerajaan akan meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) susulan pengenaan tarif tambahan 10 peratus ke atas Malaysia, walaupun kadar itu dilihat lebih rendah berbanding dikenakan terhadap beberapa negara lain.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menerima keputusan itu buat masa ini, namun beberapa perkara yang masih belum memuaskan akan terus dibangkitkan dalam siri rundingan bersama Washington.

“Tarif yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump setakat ini kita terima walaupun kita dah utuskan rundingan daripada Tengku Zafrul dan sekarang Johari Abdul Ghani meneruskan. Kalau ada beberapa aspek yang kita tidak puas hati, kita akan bangkitkan lagi.

“Tapi sekurang-kurangnya sekarang ini kita rasa lega kerana tarifnya relatif rendah berbanding banyak negara lain,” katanya selepas menghadiri Program Semarak Kenegaraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada Jumaat.

Anwar menjelaskan usaha rundingan Malaysia dengan AS sudah dimulakan lebih awal menerusi bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, sebelum diteruskan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Johari Abdul Ghani.

Menurutnya, kerajaan akan terus mempertahankan kepentingan negara sekiranya terdapat isu yang memerlukan penjelasan atau penambahbaikan dalam pelaksanaan tarif berkenaan.

Terdahulu, AS mengumumkan tarif tambahan sebanyak 10 atau 12.5 peratus terhadap import dari kira-kira 60 rakan dagangnya termasuk Malaysia.

Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) memaklumkan tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974 selepas siasatan terhadap dasar dan amalan beberapa ekonomi berkaitan import barangan yang didakwa dihasilkan menggunakan buruh paksa.

Menurut USTR, tarif tersebut meliputi hampir keseluruhan import AS daripada ekonomi yang disiasat, dengan kadar 10 atau 12.5 peratus bergantung kepada kategori produk serta pengecualian yang diberikan.

Langkah terbaharu Washington itu dijangka memberi kesan kepada sebahagian pengeksport Malaysia yang bergantung kepada pasaran AS.

Namun, kadar tarif lebih rendah berbanding beberapa negara lain dilihat memberi sedikit kelegaan kepada sektor perdagangan negara sementara rundingan diteruskan bagi mencari penyelesaian yang lebih menguntungkan kedua-dua pihak.

Berita berkaitan
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
September 20, 2026· Politik
Pengampunan Najib: PH tegaskan tiada siapa mengatasi undang-undang
September 18, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
9 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
9 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
9 jam lalu · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
13 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok