Tegas lawan rasuah, PM beri amaran keras jangan berani sakau

February 14, 2026 · Politik

Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan dana awam, sambil memberi amaran keras bahawa tindakan undang-undang akan diambil tanpa pengecualian.

Perdana Menteri berkata negara tidak boleh lagi dibelenggu budaya lama yang mengaitkan kepimpinan dengan pengumpulan kekayaan peribadi melalui wang kerajaan di Malaysia.

“Saya tak izin orang nak guna wang kerajaan ini nak sakau… saya tak bagi. Kalau ‘hang cuba, hang berani, tengok… Hang buat’. Kita tangkap, bawa mahkamah dan duduklah bilik saya di Sungai Buloh…

“Yang tak boleh dipertikai, kita tak sakau duit. Kita tak mahu dah ulang Malaysia ini kerjanya cerita mengenai pemimpin asyik bagi kaya diri dia sendiri…. Saya tak mahu dengar.

“Sementara saya ada mandat, jangan cuba. Soal orang nak maki apa itu soal dia tetapi saya nak minta ibu bapa, saudara-saudari percaya yang kita akan pastikan negara ini di landasan yang betul,” katanya semasa berucap di Arena Kampung Chuar, Padang Rengas hari ini.

Beliau menambah selagi diberi mandat, pentadbirannya akan memastikan pengurusan kewangan negara kekal telus.

Dalam ucapannya, Anwar turut menyentuh latar perjalanan hidupnya yang pernah ditahan di Kem Tahanan Kamunting sebelum kini memimpin negara.

Beliau berkata pengalaman lalu menjadikan fokusnya kini adalah membantu rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, kerajaan telah meningkatkan peruntukan pembangunan pendidikan dan institusi Islam termasuk dana sehingga RM2.6 bilion kepada JAKIM dan program berkaitan.

“Dana ini amanah rakyat dan mesti digunakan untuk manfaat masyarakat,” katanya lagi.

Beliau turut mengumumkan peruntukan awal RM2 juta bagi pembangunan tambahan Masjid Al-Muttaqin, selain bantuan kewangan kepada masjid, sekolah agama dan program komuniti setempat.

Pada masa sama, Anwar mengingatkan rakyat supaya tidak terjebak dengan sentimen perkauman.

“Jangan benci mana-mana kaum. Kita perlu fokus kerja dan bangunkan negara bersama,” katanya.

Berita berkaitan
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026· Politik
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
2 jam lalu· Politik
Rayuan ditolak, perbicaraan kes rasuah Guan Eng diteruskan
8 jam lalu· Isu semasa
Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
June 24, 2026 · Politik
Puad diminta bertenang, Mat Maslan minta fokus bantu hadapi PRN Johor
June 24, 2026 · Politik
PRN Johor: Bekas ADUN Bersatu calon BN di Endau, Onn Hafiz kekal di Machap
1 jam lalu · Politik
Pemuda MCA bidas DAPSY, dakwa tidak faham struktur pentadbiran FELDA
3 jam lalu · Politik
Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman
3 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok