Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Kerajaan menegaskan aktiviti penternakan babi masih boleh diteruskan di negara ini, namun lokasi penternakan mesti berada jauh dari kawasan kediaman bagi mengelakkan kegelisahan masyarakat setempat.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu selari dengan keutamaan kerajaan dalam menjaga sensitiviti sosial serta keharmonian komuniti berbilang kaum dan agama di Malaysia.
Menurut beliau, sebarang projek penternakan perlu mengambil kira ketenteraman penduduk berhampiran sebelum diluluskan.
“Saya setuju ternakan babi tidak harus diteruskan di kawasan yang menimbulkan kegelisahan penduduk tempatan. Kalau mahu jalankan, cari lokasi alternatif yang jauh dari penempatan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Perpaduan Negara hari ini.
Pada masa sama, beliau berkata pendirian dasar kerajaan kekal konsisten iaitu tidak menghalang penternakan babi atau pengambilan makanan tersebut dalam kalangan masyarakat bukan Islam.
“Kita dari segi dasar tidak menentang ternakan babi atau melarang orang bukan Islam makan babi,” katanya lagi.
Isu penternakan babi sering menjadi perbincangan di Malaysia kerana faktor sensitiviti agama, selain kebimbangan berkaitan pencemaran bau dan pengurusan sisa yang boleh menjejaskan kualiti hidup penduduk sekitar. Sebelum ini, beberapa kawasan penternakan di negara ini pernah menerima bantahan komuniti tempatan atas faktor kesihatan dan alam sekitar.
Kerajaan sebelum ini juga menekankan kepentingan penggunaan teknologi moden dan sistem pengurusan sisa yang lebih baik bagi memastikan industri penternakan mematuhi piawaian alam sekitar serta tidak mengganggu kesejahteraan masyarakat.
Pendekatan ini dilihat sebagai usaha mengekalkan keseimbangan antara keperluan ekonomi sektor penternakan dan keharmonian sosial dalam masyarakat majmuk negara ini.
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang