Tiada halangan hiasan perayaan bukan islam di premis halal: Menteri Agama

December 20, 2025 · Isu semasa

Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dibenarkan menggunakan imej, ilustrasi atau dekorasi berkaitan perayaan agama selain Islam, selagi mematuhi syarat ditetapkan dan tidak menjejaskan prinsip halalan thoyyiban.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, hiasan, imej dan ilustrasi berunsur perayaan bukan Islam pada produk makanan yang bersifat tidak kekal adalah dibenarkan.

Namun, beliau menjelaskan penggunaan peralatan sembahan adalah tidak dibenarkan, manakala sebarang dekorasi di premis tidak boleh memaparkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau logo halal.

“Ia selaras dengan keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2023 yang menetapkan tiada larangan terhadap pemegang SPHM untuk menggunakan imej, ilustrasi atau dekorasi berkaitan perayaan agama selain Islam,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, keputusan itu terpakai termasuk dalam isu hiasan perayaan bukan Islam di bahagian dapur atau outlet hotel yang memiliki SPHM.

Jelasnya, garis panduan berkenaan bertujuan memastikan pematuhan standard halal terus terpelihara tanpa menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk.

Zulkifli berkata, sikap saling menghormati kepelbagaian budaya dan agama merupakan identiti penting Malaysia, dan pemain industri digalakkan untuk terus mematuhi piawaian halal sedia ada sambil mengekalkan keharmonian kaum.

Beliau turut menasihatkan hotel dan premis makanan yang memiliki SPHM supaya sentiasa merujuk pihak berkuasa pensijilan halal bagi mendapatkan panduan tepat dari semasa ke semasa.

Langkah itu penting bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap piawaian halal negara.

“Kerjasama erat antara pihak berkuasa agama Islam negeri, Jakim dan pemain industri amat penting bagi memastikan dasar serta garis panduan halal dilaksanakan secara berhemah,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan itu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Madani dalam memelihara kesucian pensijilan halal Malaysia, di samping memperkukuh keharmonian antara agama dan budaya di negara ini.

Berita berkaitan
Polis perlu perincikan peranan di stesen minyak sempadan: Saifuddin Nasution
April 13, 2026· Isu semasa
Bersedia hadapi krisis tenaga, pastikan rakyat jangan panik: Saifuddin Nasution
April 13, 2026· Isu semasa
SPM 2025 catat prestasi terbaik, bukti ketahanan pelajar
March 31, 2026· Isu semasa
Pemimpin lama PKR bidas Rafizi gagal laksana janji
March 23, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Hanya 15 peratus rakyat beli diesel pada harga pasaran: PMX
6 jam lalu · Isu semasa
Nahas helikopter Kalimantan Barat: Rakyat Malaysia terkorban dikenal pasti
6 jam lalu · Isu semasa
Harga minyak dunia turun selepas pembukaan Selat Hormuz
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC rakam keterangan individu sebar berita diesel palsu ke Filipina
6 jam lalu · Isu semasa
Polis pertahan guna Akta Hasutan terhadap pengguna TikTok
April 17, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok