Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Rundingan berhubung peruntukan kepada pembangkang tidak dapat diteruskan ekoran tiada kesepakatan dikalangan Ahli Parlimen (MP) pembangkang, kata Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata terdapat percanggahan pendapat dan pendirian sesama MP pembangkang kerana ada yang bersetuju dan ada yang menolak untuk berunding dengan kerajaan berhubung isu peruntukan tersebut.
Ujar beliau, sekiranya persetujuan sesama MP Perikatan Nasional (PN) berjaya dicapai, mereka boleh meneruskan rundingan bersama Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof yang diberi mandat bagi menguruskan soal peruntukan berkenaan.
“Mesti ada kesepakatan antara ahli Parlimen pembangkang terlebih dahulu sebab sekarang belum ada kesepakatan, ada yang nak berunding seorang, ada yang nak berunding berkumpulan.
“Ada yang setuju berunding dan ada yang tidak setuju berunding, jadi saya sarankan ahli Parlimen PN ambil kata sepakat dan kemudian jumpa TPM (Fadillah),” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Anwar (PH-Tambun) menjawab soalan yang dibangkitkan Shahidan Kassim (PN-Arau) berhubung kesediaan kerajaan memberikan peruntukan kepada MP Parlimen pembangkang iaitu sebagai satu bentuk keadilan dalam negara susulan kejayaan Malaysia menjadi pendamai dalam perang antara Kemboja dan Thailand.
Sementara itu, berhubung isu sama, Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin ketika bertanyakan soalan tambahan turut menegaskan beliau bersedia berjumpa Anwar hari ini juga bagi membincangkan mengenai soal peruntukan tersebut.
Namun Anwar mengulangi yang mana soal berkenaan peruntukan itu sudah diserahkan kepada Fadillah yang mengetuai proses rundingan bersama pembangkang.
“Tetapi untuk berbincang hal-hal lain, saya tidak ada keberatan untuk berjumpa dengan Ketua Pembangkang,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan dilaporkan menggesa kerajaan segera membuka meja rundingan secara rasmi berhubung isu peruntukan kepada MP pembangkang yang sehingga kini belum ada penyelesaian.
Menurut Takiyuddin, surat menyatakan hasrat untuk berbincang dihantar kepada Fadillah Yusof sejak 14 Mac lalu namun hanya dibalas selepas beliau membuat kenyataan media mendesak penjelasan.
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan