Tiada lesen ‘ulat foto’ diluluskan di KLCC

April 6, 2026 · Isu semasa

Tiada sebarang lesen diluluskan kepada individu dikenali sebagai ‘ulat foto’ di kawasan tumpuan pelancong, khususnya di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC), atas faktor keselamatan yang dianggap kritikal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata hasil tinjauan bersama pasukan keselamatan mendapati persimpangan di kawasan tersebut tidak sesuai untuk aktiviti fotografi kerana risiko kemalangan yang tinggi.

“Isu utama yang dikenal pasti adalah berkaitan keselamatan. Persimpangan berkenaan didapati tidak sesuai dan berisiko tinggi untuk sebarang aktiviti mengambil gambar,” katanya dipetik laporan media.

“Sehubungan itu, atas faktor keselamatan, saya berpandangan bahawa pemberian lesen untuk aktiviti tersebut tidak boleh dipertimbangkan,” tambahnya.

Isu ‘ulat foto’ merujuk kepada individu yang menawarkan perkhidmatan mengambil gambar kepada pelancong tanpa kebenaran rasmi, sering kali di lokasi ikonik seperti KLCC.

Selain menimbulkan gangguan kepada aliran trafik pejalan kaki, kegiatan ini juga dikaitkan dengan isu penipuan dan keselamatan.

Dalam usaha mengekang aktiviti tersebut, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meningkatkan langkah pemantauan termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa simpang utama.

Selain itu, sistem pengumuman awam dalam lima bahasa turut diperkenalkan setiap 10 minit bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan khidmat ‘ulat foto’.

Operasi bersepadu turut dijalankan secara berkala dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia bagi membanteras aktiviti tidak berlesen ini.

Menurut Hannah, hasil tangkapan mendapati isu ini bukan sekadar melibatkan ketiadaan lesen, malah turut membabitkan penggunaan identiti palsu, termasuk dalam kalangan warga asing.

“Usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk sektor swasta seperti pengurusan KLCC selain Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Hannah Yeoh nafi pernah tandatangan dokumen perintah tahanan rumah Najib: Bernama
September 18, 2026· Politik
Mesyuarat Lembaga Pengampunan selesai, nasib Najib menjadi tanda tanya: Laporan
September 18, 2026· Politik
Hannah jelaskan pendirian dalam isu pengampunan Najib
September 16, 2026· Politik
DBKL nafi penguat kuasa ‘tutup mata’ premis warga asing
September 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan kelas pertama
4 jam lalu · Isu semasa
RM14 bilion wang tidak dituntut, ramai tak sedar: Amir Hamzah
4 jam lalu · Isu semasa
Winbox, Alibaba antara sindiket judi dalam talian terbesar dalam pantauan polis
7 jam lalu · Isu semasa
Pengerusi TH terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM
10 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok