Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh menafikan pernah menandatangani sebarang dokumen perintah tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Najib Razak, yang tular di media sosial.
Perkara itu dimaklumkan Hannah menerusi hantaran di X beliau awal pagi tadi.
“Saya tidak pernah menandatangani perintah tahanan rumah seperti yang sedang tular di media sosial.
“Lembaga Pengampunan masih belum bersidang (semasa dokumen perintah itu viral). Tolong jangan sebarkan dokumen palsu ini. Setiausaha Akhbar saya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa,” menurut hantaran itu.
Yeoh menerusi hantaran sama turut berkongsi tangkap layar pengesahan laporan yang dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung perkara itu.
Terdahulu, tular di media sosial satu dokumen yang didakwa sebagai perintah tahanan rumah membabitkan Najib yang ditandatangani Hannah.
Istana Negara menjadi tumpuan pengamal media sejak awal pagi ini bagi mengikuti perkembangan berkaitan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. – Bernama
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum