Tiada rayuan dibuat Hishammuddin untuk batal penggantungan: Zahid

June 26, 2025 · Politik

UMNO tidak menerima sebarang rayuan dibuat daripada Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein berhubung tindakan penggantungan terhadapnya, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata keputusan berhubung usul bagi menerima kembali kemasukan Hishammuddin akan diserah kepada Majlis Tertinggi (MT) untuk memutuskan tindakan selanjutnya.

“Berikutan tiada satupun surat rayuan oleh orang itu (Hishammuddin), maka saya menyerahkan kepada MKT untuk menentukannya.

“Kita akan menunggu usul yang dibawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Onn Hafiz Ghazi untuk dibincangkan dalam Biro Politik,” katanya selepas majlis Peluncuran Program Desa Kirana@KKDW di Hotel Sunway Putra hari ini.

Bekas naib presiden UMNO itu digantung keahlian sejak Januari 2023 lalu.

Sebelum ini Ketua Penerangan UMNO Azalina Othman Said dilaporkan berkata, semua UMNO bahagian dibenarkan mengemukakan sebarang usul termasuk isu penggantungan keahlian Hishammuddin pada mesyuarat perwakilan.

Beliau berkata, usul itu kemudiannya akan dikumpul dan dikemukakan kepada kepemimpinan parti untuk diteliti.

Terdahulu, UMNO Bahagian Sembrong menyatakan hasrat supaya Hishammuddin diterima semula dalam kepemimpinan parti.

Perkara itu disuarakan secara terbuka dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong, sekali gus ia masuk tahun kedua UMNO Bahagian Sembrong membawa usul supaya penggantungan Hishammuddin ditarik balik serta-merta tanpa syarat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Onn Hafiz Ghazi, ketika berucap merasmikan mesyuarat itu di Sembrong, memulakan ucapan dengan mengenang peranan besar Hishammuddin yang dianggap sebagai ‘sifu’ dalam permulaan karier politiknya.

Zahid menjelaskan, lazimnya kesemua usul yang dikemukakan kesemua 191 bahagian akan dibawa ke Jawatankuasa Usul dan membuat keputusan itu berdasarkan kepada apa yang akan dikemukakan oleh Onn Hafiz.

Beliau berkata, MT UMNO tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu tanpa wujud kesalahan yang jelas.

“Saya ingin ingatkan rakan-rakan wartawan, MT UMNO tidak akan menggantung atau memecat sesiapa jika tiada kesalahan dilakukan.

“Sebagai contoh di Sabah, selepas UMNO gagal membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, ada individu tertentu yang mempengaruhi 22 daripada 25 Ketua Bahagian UMNO supaya keluar parti, membubarkan UMNO dan meletak jawatan sebagai ketua bahagian. Tindakan itu memberi kesan besar kepada UMNO di Sabah, justeru wajar dikenakan tindakan,” katanya.

Tanpa menamakan sesiapa, Zahid turut memberi bayangan beberapa tokoh tertentu dikenakan tindakan oleh MT kerana didakwa cuba menggugat parti.

“Ada juga individu yang mengetuai 10 daripada 30 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan sedia ada, walaupun mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah ( SD) menyatakan sokongan. Jelas individu ini mengingkari keputusan parti dan tindakan perlu diambil.

“Ada juga yang mahu saya digugurkan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) sebelum kerajaan sekarang dibentuk. Adakah individu seperti ini tidak perlu dikenakan tindakan?

“Saya tidak sebut nama sesiapa secara khusus tetapi tiga kes ini sudah cukup untuk menunjukkan sebab tindakan perlu diambil. Jika ada yang bertanya ‘apa salah saya?’, maka inilah jawapannya,” katanya.

Berita berkaitan
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
14 jam lalu· Politik
Mat Maslan cadang tangguh PRN Johor, Melaka
April 13, 2026· Politik
Amanah Tegur Pemuda UMNO berhubung isu harga minyak
April 11, 2026· Politik
Khaled: Tuduhan dibuat Mahathir isu lama
April 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
11 jam lalu · Politik
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
15 jam lalu · Politik
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
April 13, 2026 · Politik
PKR Titiwangsa cadang kuota subsidi diesel kepada pengguna persendirian
April 13, 2026 · Politik
Samsuri sahkan pengunduran Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
April 13, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok