Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Tiga inisiatif yang diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diiktiraf sebagai “Champion Project” pada World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2026, sekali gus mengangkat kedudukan Malaysia sebagai antara peneraju pembangunan digital di peringkat antarabangsa.
Pengiktirafan itu diberikan kepada ‘ASEAN 5G Skills Framework and Capacity Development Platform’, ‘Human-Centered Digital Governance Through MCMC’s Five-Year Plan 2030 (kini dikenali sebagai Pelan MCMC 2026-2030)’ serta portal semakan fakta Sebenarnya.my.
MCMC dalam kenyataannya berkata, pengiktirafan berkenaan membuktikan komitmen Malaysia dalam membangunkan bakat digital, memperkukuh tadbir urus digital yang telus dan meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap ekosistem digital negara.
“Pencapaian ini mencerminkan kepimpinan Malaysia yang semakin menyerlah dalam memacu pembangunan digital yang inklusif, dipercayai dan berteraskan rakyat di peringkat serantau serta global,” menurut kenyataan itu hari ini.
WSIS Prizes dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sebagai sebahagian daripada proses WSIS yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Bagi edisi 2026, pertandingan itu menerima 1,595 penyertaan daripada 122 negara dengan lebih 2.2 juta undian.
Status “Champion Project” diberikan kepada lima projek terbaik bagi setiap kategori sebelum seorang pemenang diumumkan pada majlis penyampaian WSIS Prizes 2026 di Geneva, Switzerland pada 9 Julai ini.
Menurut MCMC, rangka kerja kemahiran 5G ASEAN yang dibangunkan bersama negara anggota ASEAN dan pemain industri bertujuan memperkukuh pembangunan tenaga kerja digital serantau, manakala Pelan MCMC 2026-2030 menjadi panduan memperkasa ekosistem komunikasi dan multimedia negara.
Sementara itu, portal Sebenarnya.my terus diiktiraf atas peranannya membantu orang ramai menyemak kesahihan maklumat serta mengekang penyebaran berita palsu.
Pengiktirafan kali ini menjadikan Malaysia menerima pengiktirafan WSIS selama empat tahun berturut-turut.
Sebelum ini, inisiatif seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Stingray II menerima pengiktirafan pada 2025, Program Advokasi dan Jangkauan Kampung Orang Asli Negeri Sembilan pada 2024, serta JENDELA pada 2023.
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum