Sin Chew dan Sinar Harian sebelum ini dikenakan kompaun.
Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap dua organisasi media sebelum ini dibuat berdasarkan undang-undang sedia ada, manakala rayuan yang dikemukakan akan dinilai mengikut fakta setiap kes, kata Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi itu berkata, keputusan mengenakan kompaun terhadap Sin Chew Daily dan Sinar Harian dibuat selepas siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, ia berkaitan kandungan digital termasuk paparan Jalur Gemilang tidak lengkap serta maklumat tidak tepat berkaitan Ketua Polis Negara.
“Setiap rayuan akan dipertimbangkan secara ‘case by case basis’ berdasarkan fakta kes masing-masing,” kata Fahmi ketika sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat.
Fahmi juga menjelaskan jumlah kompaun boleh dikurangkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Untuk rekod, kedua-dua syarikat media tersebut pernah dikenakan kompaun RM100,000 setiap satu oleh MCMC selepas mendapat kebenaran Jabatan Peguam Negara.
Media terbabit juga mempunyai hak untuk membuat rayuan sekiranya menganggap penalti dikenakan terlalu berat.
Pada masa sama, Fahmi menjelaskan Majlis Media Malaysia (MMM) yang diwujudkan di bawah Akta Majlis Media Malaysia 2025 berperanan membangunkan standard kewartawanan beretika, selain memantau perubahan teknologi dalam industri media.
Akta tersebut mula berkuat kuasa pada Jun 2025 selaras dengan usaha memperkukuh ekosistem media negara.
Beliau berkata, MMM turut mempromosi pendidikan literasi media bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan maklumat sahih dan beretika, serta menjadi platform dialog antara pengamal media dan masyarakat.
MMM dijangka mengadakan perbincangan bersama MCMC dan Kementerian Dalam Negeri untuk membentuk garis panduan lebih jelas bagi menangani isu ketepatan kandungan.
Menurut Fahmi, usaha ini bertujuan melindungi integriti kewartawanan serta hak orang ramai mendapatkan maklumat tepat, selain memberi ruang kepada industri media menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi.
“MMM kekal komited bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kewartawanan bertanggungjawab terus diperkukuh dan kebebasan media kekal sebagai tonggak demokrasi negara,” katanya.
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib