Dr Muhamad Akmal Saleh.
Tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan UMNO di Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun, disifatkan sebagai langkah berani yang berlandaskan prinsip parti.
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, keputusan tersebut mencerminkan pendirian tegas parti dalam mempertahankan asas perjuangan, termasuk agama, bangsa dan institusi raja, walaupun berdepan risiko kehilangan kuasa.
“Saya ucap tahniah kepada kepemimpinan UMNO Negeri Sembilan yang berani membuat keputusan berasaskan prinsip parti. Kita tidak akan berdiam diri jika kedaulatan raja-raja tercabar,” katanya selepas menghadiri Sidang DUN Melaka.
Terdahulu, media melaporkan kesemua 14 ADUN BN Negeri Sembilan sepakat menarik sokongan terhadap Aminuddin susulan krisis berkaitan isu adat yang sedang berlaku di negeri itu.
Pengerusi BN negeri, Jalaluddin Alias, memaklumkan keputusan itu dicapai secara sebulat suara.
Akmal yang juga ADUN Merlimau menegaskan pendirian UMNO dalam kerajaan perpaduan sebelum ini bukan kerana mengejar kuasa, sebaliknya dibuat atas titah Yang di-Pertuan Agong ketika negara berdepan kebuntuan politik selepas pilihan raya umum lalu.
UMNO sebelum ini mengambil sikap berhati-hati terhadap kerjasama dengan beberapa parti seperti PKR, Bersatu dan DAP.
Namun, penyertaan dalam kerajaan perpaduan dilihat sebagai langkah untuk memastikan kestabilan politik negara.
Menurut beliau, penyertaan itu tidak bermakna UMNO mengorbankan prinsip asasnya.
“Walaupun kita bersama kerajaan, prinsip UMNO tetap kekal dan tidak akan dikompromi. Soal jadi kerajaan atau pembangkang bukan isu utama,” katanya.
Beliau menegaskan, parti itu bersedia menghadapi apa jua kemungkinan termasuk kehilangan kuasa demi mempertahankan prinsip.
“Kalau terpaksa kehilangan kuasa sekalipun, UMNO tetap akan mempertahankan prinsipnya,” katanya lagi.
SPRM ambil keterangan bekas pembantu Rafizi esok
Keputusan kes Syed Saddiq kekal bebas atau dipenjara pada 30 Jun
AMK Selangor lapor polis isu hina institusi diraja di media sosial
PAS sasar kerusi Muar, mahu singkirkan Syed Saddiq
Najib tarik balik permohonan tahanan rumah
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan