SPRM ambil keterangan bekas pembantu Rafizi esok

April 27, 2026 · Politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengambil keterangan penganalisis politik, James Chai, pada jam 10 pagi esok bagi membantu siasatan berkaitan projek semikonduktor bernilai RM1.11 bilion yang disokong kerajaan.

Menurut sumber, sesi rakaman percakapan itu akan berlangsung di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Chai sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pembantu kepada bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, mengesahkan pihaknya telah dimaklumkan mengenai kepulangan Chai ke Malaysia dan menguruskan sendiri pembelian tiket penerbangan bagi tujuan itu.

“Saya dimaklumkan pegawai penyiasat bahawa dia sudah membeli sendiri tiket penerbangan untuk pulang ke Malaysia.

“Dia hanya perlu hadir untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan lanjut dijalankan SPRM. Kita menantikan kepulangannya,” katanya dipetik laporan media.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan sedang mengesan Chai bagi membantu siasatan kes berkenaan, yang turut menarik perhatian ramai susulan nilai projek yang besar serta kepentingannya dalam sektor teknologi negara.

Dalam perkembangan berkaitan, firma guaman Kesavan Advocates and Solicitors yang mewakili Chai memaklumkan segala urusan kepulangannya telah diatur selepas mendapat kelulusan daripada majikannya di London.

Firma itu turut menyatakan pihak mereka telah berhubung dengan SPRM bagi memastikan proses siasatan berjalan lancar.

“Kami telah berkomunikasi dengan SPRM untuk memudahkan proses ini, dan anak guam kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Malaysia kekal terbuka terima pelabur, tapi kedaulatan diutamakan: Anwar
April 27, 2026· Isu semasa
Keputusan kes Syed Saddiq kekal bebas atau dipenjara pada 30 Jun
2 jam lalu· Politik
Struktur ekonomi perlu disusun semula hadapi dunia tak menentu: PMX
8 jam lalu· Isu semasa
Najib tarik balik permohonan tahanan rumah
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis Negeri Sembilan: PKR minta jaga BN semangat dalam Kerajaan Perpaduan
2 jam lalu · Politik
Tidak bubar DUN buat masa ini, Aminuddin terus tadbir negeri
3 jam lalu · Politik
Tindakan UMNO tarik sokongan di Negeri Sembilan demi prinsip: Akmal
5 jam lalu · Politik
AMK Selangor lapor polis isu hina institusi diraja di media sosial
5 jam lalu · Politik
Zambry akan rujuk dengan Pengerusi BN berhubung krisis Negeri Sembilan
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok