Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).
Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tampil mempertahankan tujuh pemain bola sepak ‘warisan’ yang sedang berhadapan dengan tindakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), menegaskan mereka adalah warganegara yang sah dan berhak mewakili negara.
Tunku Ismail, yang juga Pemangku Sultan Johor, berkata akan berdiri teguh di belakang para pemain berkenaan dan menjelaskan semua dokumen kerakyatan mereka adalah sah yang dikeluarkan secara rasmi oleh kerajaan Malaysia.
“Saya akan mempertahankan pemain-pemain ini kerana mereka adalah rakyat Malaysia dan mereka berhak untuk mewakili Malaysia,” titah Tunku Ismail dalam satu sidang media hari ini.
“Sekiranya anda ingin mengatakan mereka bukan rakyat Malaysia, maka apa yang membuatkan anda fikir yang kita ini semua sah sebagai rakyat Malaysia? Jika kita boleh mempersoalkan mereka, maka kita mempersoalkan kedaulatan negara kita sendiri,” tambah baginda.
Tunku Ismail turut menegaskan sebagai rakyat Malaysia tidak akan mempersoalkan integriti kerajaan yang mengeluarkan dokumen-dokumen berkenaan.
“Kita ada semua dokumen, dan FIFA ada dokumen mereka. Terdapat pertikaian.
Tetapi jika kerajaan sudah mengatakan dokumen itu sahih, saya tidak rasa saya, sebagai rakyat Malaysia, ingin mempersoalkan integriti atau kedaulatan negara saya,” tegasnya lagi.
FIFA sebelum ini mengenakan denda CHF350,000 (RM1.8 juta) terhadap FAM, manakala setiap tujuh pemain warisan tersebut didenda CHF2,000 (RM10,000) dan digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak antarabangsa.
FAM diberikan tempoh 30 hari untuk menjelaskan bayaran denda dan tiga hari untuk mengemukakan notis rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA.
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri