Trump dan Li Qiang sah hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN, Putin masih pertimbang: Anwar

September 10, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim mengesahkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan Perdana Menteri China, Li Qiang, akan hadir ke Kuala Lumpur bulan hadapan bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Menurut Perdana Menteri, setakat ini hanya Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang mempertimbangkan untuk hadir ke mesyuarat berprestij itu dan dua pemimpin utama dunia tersebut sudah membuat pengesahan.

“Kita bertuah. Walaupun ada isu tarif, Presiden Donald Trump telah menghubungi saya dan memaklumkan bahawa beliau akan datang ke Malaysia bulan depan bersempena mesyuarat ASEAN.

“Perdana Menteri Li Qiang juga akan turut hadir,” katanya dipetik laporan media.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam ulang tahun ke-50 Kumpulan Ambank di sini, malam tadi.

Anwar turut berkongsi mengenai pertemuannya dengan Putin di Beijing baru-baru ini.

“Presiden Putin bertemu saya di Beijing dan berkata beliau sedang mempertimbangkan secara serius untuk datang ke Malaysia.

“Saya kata, baiklah… kita ada Donald Trump, Vladimir Putin dan Li Qiang, jadi mereka akan perasan bahawa Kuala Lumpur berada dalam kawalan penuh,” ujarnya disambut gelak hadirin.

Dalam perkembangan lain, Anwar mendedahkan Perdana Menteri Thailand yang baharu dilantik, Anutin Charnvirakul, telah memberi jaminan untuk terus mempercayai Malaysia sebagai pengantara dalam isu antara Thailand dan Kemboja.

Sementara itu, Anwar menyatakan keyakinannya terhadap daya tahan ekonomi negara yang disokong oleh asas ekonomi yang kukuh dan tenaga profesional muda yang rajin.

“Pelabur menilai tenaga kerja Malaysia sebagai lebih berdisiplin dan rajin, satu ciri yang digambarkan sebagai prasyarat untuk mengekalkan kekuatan asas ekonomi negara,” ujarnya.

Berita berkaitan
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
8 jam lalu· Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
September 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
7 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
8 jam lalu · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
11 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026 · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok