Tuan badan kena buat rayuan, kata Tok Mat berhubung penggantungan Hisham

June 29, 2025 · Politik

Hishammuddin Hussein perlu memohon rayuan berhubung penggantungannya selama enam tahun oleh parti, kata Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan.

Mohamad atau dikenali Tok Mat berkata bekas naib presiden UMNO yang digantung keahlian itu perlu mengikut prosedur parti dengan memberi contoh rayuan dikemukakan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman sebelum Majlis Tertinggi (MT) menarik balik penggantungannya.

Tajuddin digantung enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti.

Mohamad berkata, bagaimanapun terpulang kepada MT UMNO untuk menarik semula penggantungan keahlian Ahli Parlimen Sembrong itu.

“Tulislah surat biar MT buat keputusan. MT ada kuasa untuk memendekkan hukuman. Kalau MT kata ok… ok la.

“Macam penggantungan keahlian Tajuddin (Abdul Rahman), dia datang minta tolong dengan saya, saya kata tulis surat kepada parti untuk rayuan.

“Dia tulis surat dan lulus dengan penggantungan ditarik balik, apa masalahnya,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Ledang di Tangkak hari ini.

Sebelum ini, seorang ahli MT UMNO, Ahmad Maslan menjangkakan isu penggantungan Hishammuddin dibincangkan dalam mesyuarat MT esok.

Namun, Ahmad Maslan, berkata perbincangan itu dijalankan sekiranya Pengerusi UMNO Johor, Onn Hafiz Ghazi membangkitkan perkara itu.

Media sebelum ini melaporkan, UMNO Bahagian Sembrong mencadangkan penggantungan keahlian Hishammuddin ditarik semula, selaras matlamat memperkukuh parti di semua peringkat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Hishammuddin digantung keahlian UMNO selama enam tahun bermula 27 Januari 2023, atau dua penggal pemilihan MT UMNO.

Berita berkaitan
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
10 jam lalu· Politik
Zahid nafi dititah menghadap Tuanku Muhriz
20 jam lalu· Politik
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
September 21, 2026· Politik
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
September 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
10 jam lalu · Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
10 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
16 jam lalu · Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
18 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok