Tular imej palsu: Pejabat Mat Sabu buat laporan MCMC

April 14, 2026 · Isu semasa

Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan sekeras-kerasnya penyebaran imej palsu di media sosial yang mendakwa Mohamad Sabu menggalakkan penjawat awam menanam ganja di rumah.

Dalam kenyataan rasmi, pejabat itu menegaskan kandungan berkenaan adalah fitnah serta hasil manipulasi digital yang boleh mengelirukan masyarakat.

“Kami menafikan sepenuhnya dakwaan tersebut. Ia tidak benar dan berniat jahat untuk mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang awam,” menurut kenyataan itu.

Susulan penyebaran maklumat palsu tersebut, satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang terlibat.

Pejabat itu turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak berkongsi kandungan yang belum disahkan kesahihannya.

“Orang ramai dinasihatkan supaya merujuk kepada saluran rasmi kerajaan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih,” katanya lagi.

Terdahulu, satu hantaran tular di media sosial mendakwa Mohamad mencadangkan penjawat awam menanam ganja sebagai langkah menghadapi kemungkinan gangguan bekalan susulan konflik di Asia Barat.

Bagaimanapun, hantaran tersebut kemudiannya dikemas kini dengan penjelasan bahawa ia adalah palsu.

Pada Mac lalu, Mohamad memang ada menggalakkan penjawat awam yang memiliki rumah bertanah supaya memanfaatkan ruang tersebut untuk menanam sayur-sayuran.

Cadangan itu dibuat sebagai langkah proaktif untuk meningkatkan bekalan makanan domestik sekiranya krisis global memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan negara.

Berita berkaitan
BN, PH dalam kerajaan sama tetapi guna logo berbeza: Mohamad Sabu
October 31, 2026· Politik
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
October 28, 2026· Isu semasa
Dakwaan caj QR bermula November tidak benar: MoF
October 18, 2026· Isu semasa
PRN Melaka: Amanah diberi lapan kerusi untuk ditandingi
October 16, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Shuhaily kembali bertugas di AKPS, pengganti belum dibincang: Saifuddin
3 jam lalu · Isu semasa
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
4 jam lalu · Isu semasa
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
5 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
7 jam lalu · Isu semasa
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok