Hutan kerajaan.
Usaha untuk menurunkan defisit fiskal tidak boleh dilaksanakan secara mendadak kerana ia akan membantutkan peruntukan tambahan yang hendak disalurkan kepada rakyat, kata Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata bagi memastikan jumlah hutang kerajaan berkurangan, kerajaan melaksanakan langkah menurunkan defisit fiskal secara berfasa dan langkah itu menyaksikan kadar hutang baharu negara menurun setiap tahun, iaitu daripada RM100 bilion pada 2021 kepada RM76.8 bilion pada 2024.
“Pada 2022, defisit adalah 5.5 peratus sehingga diturunkan kepada 4.1 peratus pada 2024 kerana sasaran kita adalah menurunkan defisit secara berfasa.
“Langkah ini dilaksanakan secara berfasa kerana jika dilakukan secara mendadak, peruntukan tambahan untuk pendidikan, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kesihatan itu akan terbantut.
“Jadi, defisit harus dikurangkan tapi jika terus belanja boros, maka hutang akan mencecah terlalu tinggi,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan asal Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) mengenai sama ada kerajaan menguruskan hutang negara dengan bertanggungjawab berikutan hutang naik daripada RM1,079.1 bilion pada 2022 kepada RM1,247.6 bilion pada hujung 2024, yang hampir mencecah 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Negara (KDNK).
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, berkata berikutan dasar fiskal bertanggungjawab dilaksanakan kerajaan, keyakinan pelabur sama ada domestik atau asing terus meningkat.
“Jika kita membuat pengumuman, kita jalankan dasar ekonomi bertanggungjawab tapi defisit terus membengkak, dianggap tidak bertanggungjawab.
“Sebab itu defisit mesti dikurangkan dan ini tentunya beban, maknanya kerajaan yang tegas dan berani saja boleh buat. Jika nak popular, hutang terus dan dibayar oleh generasi kemudian,” katanya.
Berhubung peningkatan hutang negara dari RM1,079.1 bilion pada 2022 kepada RM1,247.6 pada 2024, Perdana Menteri menjelaskan, ia adalah perbelanjaan pembangunan, bukan mengurus.
“Kita tidak hutang untuk belanja mengurus. Kita hutang walaupun berkurang jumlah hutang itu untuk belanja pembangunan kerana kedudukan sekolah, hospital, luar bandar dan tebatan banjir, seperti yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),” katanya.
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang