Ucapan kempen tular, polis siasat Ahli Parlimen Jempol

July 29, 2026 · Isu semasa

Polis membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Jempol, Shamsulkahar Mohd Deli susulan ucapannya ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad berkata siasatan dimulakan selepas seorang lelaki berusia 55 tahun membuat laporan polis di Seremban berhubung satu video ucapan pemimpin UMNO itu yang tular di media sosial.

“Pada 26 Julai, pengadu membuat laporan polis selepas melihat satu hantaran video yang memaparkan ucapan ahli Parlimen terbabit ketika berkempen.

“Susulan itu, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, siasatan dijalankan susulan dakwaan pemimpin berkenaan menyebarkan kandungan berunsur hasutan serta maklumat berkaitan pilihan raya menerusi media sosial yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan melanggar peruntukan undang-undang.

Sebelum ini, DAP membuat laporan polis terhadap Shamsulkahar selepas beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah yang mengaitkan parti itu dengan karikatur menghina Sultan Selangor ketika berkempen pada PRN Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan sama, Alzafny memaklumkan sebanyak 62 laporan polis diterima sepanjang tempoh 18 hingga 28 Julai, manakala 19 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya telah dibuka.

“Polis akan terus mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan, pematuhan dan penguatkuasaan secara menyeluruh sepanjang PRN Negeri Sembilan ke-16.

“Sebarang pelanggaran undang-undang akan diambil tindakan secara tegas, adil dan berintegriti tanpa sebarang kompromi,” katanya.

PRN Negeri Sembilan diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi memberi mandat baharu kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri bagi penggal akan datang.

Sepanjang tempoh berkempen, pihak berkuasa memberi perhatian terhadap sebarang kesalahan pilihan raya, termasuk penyebaran kandungan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan proses demokrasi.

Berita berkaitan
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
13 jam lalu· Isu semasa
PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum
13 jam lalu· Politik
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
17 jam lalu· Isu semasa
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
19 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
16 jam lalu · Isu semasa
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
18 jam lalu · Isu semasa
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
20 jam lalu · Isu semasa
Polis panggil sanusi, pemimpin UMNO bantu siasatan
20 jam lalu · Isu semasa
Anwar tegas martabatkan bahasa Melayu, perluas penguasaan bahasa asing
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
2 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok